Mahkamah

4 anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu dilantik

EMPAT anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu dilantik berkuat kuasa mulai 4 September 2020 hingga 3 September 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Kehakiman hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk melantik empat anggota baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Hishamudin Md Yunus, Datuk Lindon Albert, Datuk Mah Weng Kai dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi yang tamat tempoh perkhidmatan pada 3 September lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, barisan baharu suruhanjaya tersebut dianggotai oleh dua bekas Hakim Mahkamah Persekutuan,Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham.

Dua lagi anggota lain ialah bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Stephen Chung Hian Guan dan Datuk Prof. Madya Dr. Johan Shamsuddin Sabaruddin, Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya

Pelantikan tersebut mengikut subseksyen 5 (1) (f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695). – SM

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button