Uncategorized

Kematian bekas KP MSN tiada unsur jenayah

Polis mengesahkan tiada unsur jenayah melibatkan kematian bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

Jenazah Allahyarham ditemukan dirumahnya pagi ini.

Waris terdekat membuat laporan kematian Allahyarham merupakan anak saudara kepada arwah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pemeriksaan di tempat kejadian dan tubuh badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.

“Tiada sebarang kesan pecah masuk atau pergelutan ditemui di tempat kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR). Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Siasatan awal mendapati Allahyarham, 62 tahun tinggal di rumah seorang diri dan tidak pernah berkahwin.

Mohamad Farouk berkata, ujian saringan Covid-19 Allahyarham sebelum ini juga negatif

Allahyarham pernah membuat pembedahan jantung kira-kira 10 tahun lalu dan tidak pernah membuat sebarang rawatan susulan selepas itu, katanya.-SM

 

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button