Ekonomi

Kemas buka peluang belajar kemahiran untuk jana pendapatan

Kini Kemas bukan sahaja membuka untuk pendidikan untuk kanak-kanak, malah Kemas membuka peluang kepada aliran kemahiran untuk menjana pendapatan.

Kemas juga memberi peluang kepada kumpulan Belia, Surirumah, Ibu Tunggal dan masyarakat setempat dengan mewujudkan Bengkel Pusat Daya Maju atau COME yang menyediakan pelbagai peralatan bagi tujuan keusahawanan untuk kegunaan masyarakat di luar bandar secara percuma.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kewujudan COME selaras dengan Aspirasi Keluarga Malaysia bagi mempastikan kumpulan sasar golongan B40 menerima faedah daripada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pendapatan.

“Golongan peniaga atau usahawan baharu bidang jahitan yang tidak mempunyai peralatan yang lengkap boleh menggunakan peralatan yang disediakan secara percuma di Pusat Daya Maju ini.

“Mereka boleh datang menggunakan mesin-mesin jahit yang canggih seperti mesin sulam berkomputer, mesin jahit tepi dan juga mendapat bimbingan daripada Pemaju Masyarakat KEMAS yang mahir dalam bidang jahitan untuk memberikan tunjuk ajar,” katanya.

Jelas Mahdzir, setiap negeri mempunyai satu COME yang diwujudkan di premis Bengkel Jahitan KEMAS sedia ada dan memberi manfaat kepada tiga ribu usahawan baharu,
KEMAS akan membuka lebih banyak kelas-kelas kemahiran di seluruh negara bagi memenuhi keperluan Keluarga Malaysia khususnya di luar bandar.

“Sejajar dengan kewujudan Pusat Daya Maju, pada tahun ini juga, KEMAS melaksanakan kioks “QUKIS KEMAS” keluarga Malaysia yang merupakan platfom terbaik bagi membantu mempromosi dan memasarkan produk – produk usahawan bimbingan KEMAS,” kata Mahdzir.

Program ini merupakan antara inisiatif yang disediakan oleh KEMAS bagi meningkatkan ekonomi masyarakat di luar bandar.

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button