Hiburan

Bubble Bee gagal bayar KWSP setiap bulan, tunggakan diselesaikan secara berperingkat

Pelawak Shuib yang mengusahakan perniagaan minuman, Bubble Bee menjelaskan syarikatnya sedang melunaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertunggak kepada pekerja sejak awal tahun lalu, secara berperingkat.

Shuib mendakwa masalah itu berpunca daripada pengurusan lama syarikatnya.

“2023 bukanlah tahun yang baik untuk industri makanan dan minuman (F&B). Saya mengaku jualan kami merudum hingga tidak dapat mencarum KWSP bagi pekerja.

Cuma, apabila surat layang dikeluarkan, ia kelihatan seolah-olah kami langsung tidak ambil tahu soal caruman KWSP pekerja.

“Saya hendak beritahu, sebenarnya, dari awal tahun ini, kami sudah berhubung dengan KWSP dan memaklumkan kepada pegawai badan itu mengenai situasi yang berlaku.

“Kami tahu ada tunggakan sebanyak ini di mana kami tidak boleh bayar sekaligus,” katanya yang membuat kenyataan berhubung isu tunggakan caruman KWSP pekerja Bubble Bee melalui video dimuat naik di laman sosial, malam tadi.

Shuib menjelaskan, dia dan rakan kongsi mengambil alih pengurusan syarikat, November tahun lalu dan sedang menyelesaikan masalah yang ditimbulkan pihak terdahulu.

Tambahnya, hasil rundingan bersama KWSP, syarikat dibenar melunaskan bayaran tunggakan caruman secara ansuran.

“Kami akan bayar kerana itu kewajipan sebagai majikan. Alhamdulillah, kami ada buat pembayaran, banyak juga yang sudah dijelaskan. Cuma, kami masih menunggu keputusan mengenai berapa kali bayaran ansuran yang dibenarkan,” katanya.

Shuib turut memohon maaf kepada kakitangan termasuk mereka yang sudah berhenti bekerja dan berjanji menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

“Saya ingin beri pujian kepada pekerja yang masih setia dan faham atas apa yang berlaku kepada syarikat sekarang,” katanya

Sementara itu, Shuib berkata, sejak lebih tiga tahun mengusahakan syarikat minuman itu, pihaknya tidak pernah memotong gaji pekerja.

“Walaupun kami lalui saat genting akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syarikat tidak pernah potong gaji pekerja. Kami juga tidak pernah lari daripada bayar gaji sampai hari ini,” katanya.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok paparan surat terbuka daripada seorang individu mendakwa syarikat diasaskan Shuib gagal membayar caruman KWSP kepada pekerja.

Antara lain surat terbuka mendakwa Syarikat Bubble Bee membuat tolakan caruman KWSP kepada pekerja setiap bulan, namun, tiada transaksi dikatakan berlaku dalam akaun pekerja.

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button