Nasional

Baling, Hulu Perak, Kinta, Manjung dan Mukah merekodkan cuaca panas tahap amaran

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu bagi empat kawasan di semenanjung dan satu di Sarawak.

Menurut data cuaca panas terkini yang dimuat naik di Facebook jabatan itu, empat kawasan di Semenanjung Malaysia ialah Baling di Kedah, bersama Hulu Perak, Kinta dan Manjung di Perak.

Manakala kawasan aras satu di Sarawak ialah Mukah.

“Tiada kawasan di Sabah berada di tahap satu,” menurut catatan itu.

Tahap amaran berlaku apabila suhu harian maksimum adalah antara 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. -SM

BACA JUGA : Amaran gelombang haba Tahap 1 di Kelantan

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button