Kemalangan

Kemalangan maut: Guru, pengasuh pusat asuhan kanak-kanak maut

Dua kanak-kanak turut cedera dalam insiden

SEORANG guru dan seorang pengasuh di pusat asuhan kanak-kanak maut apabila kereta yang dipandu, bertembung di Kilometer 164 Jalan Kuantan-Kemaman, Pahang.

Selain dua pemandu tersebut, dua kanak-kanak dilaporkan cedera dalam kemalangan maut yang berlaku berhampiran dengan Kampung Kubang Ikan.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.45 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt. Kamarulzaman Jusoh berkata, Mohd. Sharfizza Hashim, 43, seorang guru dan Tan Mong Eng, 76, pengasuh pusat asuhan kanak-kanak meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami di kepala.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Toyota Vios yang dipandu Mong Eng, datang dari arah Kuantan menghala ke Kemaman, terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta Nissan Almera yang dinaiki Mohd. Sharfizza bersama anak-anaknya.

“Dua anak Mohd. Sharfizza, masing-masing berusia 10 dan 14 tahun yang cedera akibat kemalangan itu dikejarkan ke Hospital Kemaman, Terengganu untuk rawatan,” katanya hari ini.

Kamarulzaman berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button