Rencana

Apa yang Anwar takut?

Sekiranya setiap hari Anwar Ibrahim bermegah dengan kekuatan ‘kerajaan perpaduan’ yang ditunjang oleh PH maka pada hakikatnya beliau tidak harus merasa takut pada ‘bayang-bayang’ sendiri.

Mantan banduan yang dua kali disabitkan dengan kesalahan meliwat ini juga seorang ‘kaki penipu’ dulu, kini dan selamanya.

Beliau sanggup menipu serta melakukan apa saja waimah secara terbuka pun demi menjaminkan matlamat untuk berkuasa tercapai.

Sebelum PRU15 Anwar Ibrahim sanggup menafikan secara sekeras-kerasnya tidak pernah berpakat dengan Zahid Hamidi dan UMNO untuk menubuhkan kerajaan tetapi akhirnya terbongkar secara berasas perancangan penubuhan kerajaan dengan UMNO yang dipimpin oleh seorang Presiden yang paling korup itu.

Penat seorang penyanyi tanahair yang telah menggubah lagu bertemakan penyamun dalam cerita Allahyarham Tan Sri P Ramlee ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ yang akhirnya diharamkan untuk didendang selepas pilihanraya umum yang lepas.

Perdana Menteri yang dipenjarakan kerana kesalahan meliwat sebanyak dua kali ini beretorik untuk tolak kleptokrasi tetapi akhirnya melantik seorang tokoh pemimpin kleptokrats yang didakwa dengan empat puluh lapan pertuduhan di mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 Malaysia.

Cukup tidak masuk akal dan tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras.

Pendakwaan terpilih sedang rancak dikenakan kepada musuh-musuh politik beliau dari Perikatan Nasional sebagai tanda bagi melumpuhkan sebuah perikatan politik yang mendapat sambutan majoriti dari pengundi-pengundi melayu dalam PRU15 yang lepas.

Kemungkinan besar Anwar Ibrahim sudah menjangkakan beliau akan tewas di enam negeri-negeri yang bakal menghadapi PRN dalam bulan Jun kelak.

Dalam apa jua situasi Anwar Ibrahim dan PH tidak mampu untuk hilang cengkaman pemerintahan di Selangor dan Negeri Sembilan.

Kekalahan PH di dua negeri ini khususnya akan membawa petanda awal kejatuhan Anwar Ibrahim.

Keseluruhan rakyat sudah sedar bahawa Anwar Ibrahim ‘kaki penipu’ tersohor negara dan kini keseluruhan pengundi tanpa kira kaum amat kecewa dengan ‘warna-warni’ sebenar perilaku Anwar Ibrahim yang senantiasa rakus untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia semata-mata.

Setelah seratus hari lebih menjadi Perdana Menteri Malaysia kini Anwar Ibrahim haris menerima pujian sebagai ‘pakar retorik’ semata-mata!

Realitinya, apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Anwar Ibrahim hanya pandai bercakap tetapi tak boleh bekerja terpancar jelas kini.

Saya juga tidak terkejut selepas PRN yang akan datang kemungkinan besar semua pertuduhan terhadap Zahid Hamidi akan diklasifikasikan sebagai ‘no further action’ ataupun ‘NFA.’

Mereka berkemungkinan besar akan menggunakan kaedah ini bagi ‘mensucikan’ Zahid Hamidi demi menjaminkan Anwar Ibrahim terus berpaut pada kuasanya.

Bekas banduan ini setiap hari bercakap mengenai ‘reforms’ tetapi siapa mengkritik secara keterlaluan akan diambil tindakan saman di mahkamah.

Kalau asyik hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap ramai orang melalui saman di mahkamah maka bila masa Perdana Menteri ini hendak tumpu pada hal ehwal pentadbiran negara?

Di bibir mulut Anwar Ibrahim selalu bercakap mengenai ‘kebebasan bersuara’ tetapi kini orang-orang melayu khususnya tidak dibenarkan lagi bercakap mengenai permasalahan bangsa melayu di tanahair sendiri.

Bercakap mengenai permasalahan bangsa melayu tanpa sebarang unsur ‘provokatif’ pun akan dikategorikan sebagai berbaur perkauman.

Sesiapa saja yang ingin bercakap mengenai permasalahan orang-orang melayu dan cuba menyatupadukan ke arah untuk memperkasakan semula kedudukan bangsa melayu akan dilabel sebagai ‘racist.’

Bangsa melayu adalah bangsa yang amat baik, bersifat toleran, progresif serta amat berpegang erat pada ‘sosial kontrak’ sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Ketika negara dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk 22 tahun dan 22 bulan terbukti secara nyata majoriti dari kaum cina menerima pelbagai munafaat dalam bidang ekonomi khususnya.

Pernahkah Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berada di puncak kuasa ‘menekan’ atau ‘menganiayai’ hak kaum-kaum lain di negara kita?

Pada PRU tahun 1999 ramai pengundi melayu menunjukkan undi protes kerana pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 tetapi pengundi-pengundi cina dan kaum india memberi sokongan padu pada kepimpinan negara di kala itu BN menang dengan 2/3 majoriti dalam Dewan Rakyat.

Ini adalah satu manifestasi bahawa kaum-kaum lain di negara kita memperakui kepimpinan adil dan saksama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Inilah bahaya sekiranya sesebuah negara ditadbir oleh pemimpin ‘sewel’ yang mempunyai nafsu ‘luar tabie!’

Seseorang yang bernafsu homoseksual adalah kalangan yang dapat dikategorikan sebagai ‘sakit jiwa’ pada realitinya.

Bila peliwat menjadi khalifah utama untuk memimpin ummah di mana-mana negara Islam maka isu ini bukan lagi berpaksi pada masalah politik tetapi ianya adalah bersangkutan dengan asas aqidah agama Islam.

Dari sudut agama pun haram bagi kita melantik serta menyokong seseorang yang ‘Nabi tidak mengaku umat’ sebagai tokoh pemimpin utama kita.

Kemungkinan besar negara yang ditadbir oleh ‘peliwat’ bakal menghadapi musibah besar yang dihukum oleh Allah swt sepertimana di zaman Nabi Lut dahulu.

Hanya masa ketika saja yang bakal menentukan kebenaran ini.

Keseluruhan bangsa melayu dan umat Islam wajib menolak sesiapa saja yang mengamalkan budaya seks songsang ‘luar tabie’ sebagai khalifah utama seandainya kita mahukan ‘keberkatan’ serta menolak musibah yang bakal melanda negara yang tercinta ini.

Jangan sama sekali kita mempersendakan hukum-hakam agama berteraskan Al-Quran serta As-Sunnah.

Masalah ‘perang psikologi’ dan ugutan-ugutan untuk menakutkan musuh-musuh politik dengan mengambil tindakan undang-undang secara terpilih terhadap para pengkritik tegar merupakan satu perkara ‘enteng’ pada diri saya dalam mana-mana perjuangan politik.

Dalam mana-mana wadah perjuangan mulia demi kebenaran dunia dan akhirat untuk disumbat masuk ke ‘lokap’ ataupun ‘penjara’ bukan sesuatu yang mengerikan tetapi bagi saya juga ianya satu perkara yang cukup lumrah.

Jangan sama sekali kita takut atau gentar untuk berada atau ‘disumbat’ di belakang ‘jeriji besi’ penjara!

‘Alang-alang seluk pekasam; biar sampai ke pangkal lengan.’

Tahanan politik adalah jauh berbeda dengan seseorang yang dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan meliwat!

Jadi apa yang hendak dimalukan sekiranya kita terpenjara demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran?

Sandiwara dan penipuan Anwar Ibrahim tidak boleh kekal selamanya.

Bangsa melayu tidak boleh berpaut harapan pada Anwar Ibrahim. Malahan, bangsa melayu sudah hilang keyakinan dengan percaturan politik hipokrit Anwar Ibrahim.

Kadang kala Anwar Ibrahim boleh memperbodohkan bangsa melayu dan rakyat tetapi beliau tidak akan mampu untuk terus memperbodohkan anak bangsa buat selamanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad bersama kami sekalian akan terus memainkan peranan secara jujur, ikhlas, efektif dan proaktif untuk menyatupadukan semula orang-orang melayu di samping terus mengamalkan prinsip ‘love,’ ‘unity’ dan ‘respect’ terhadap semua kaum-kaum lain di tanahair kita.

Kepimpinan Anwar Ibrahim harus ditentang! Anwar Ibrahim seorang ‘reformist’ tahi kucing!

Kalau Anwar ibrahim kata kerajaan beliau kuat maka jangan sama sekali dia takut pada ‘bayang bayang sendiri.’

Insya-Allah, perjuangan baru saya akan bermula dari detik ini.

Yang Ikhlas,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
19 Mac 2023

(Visited 694 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button