Nasional

Kemakmuran ekonomi mesti dirasai rakyat

RAKYAT seharusnya mendapat limpahan daripada kemakmuran ekonomi menerusi pelbagai inisiatif kerajaan termasuk belanjawan tahunan.

Malah, setiap projek serta program pembangunan negara juga sepatutnya dipertingkatkan supaya dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Oleh demikian, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru setiap pentadbiran kerajaan menekankan pelaksanaan perbelanjaan berhemah dan mengurangkan ketirisan.

[BACA ARTIKEL] Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Kerajaan suntik RM20 Bilion rancakkan ekonomi – Tun M — Suara Merdeka

MOHD. ZUKI ALI

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelbagai isu termasuk kedudukan hutang dan liabiliti turut diberi perhatian.

“Kedudukan hutang dan liabiliti Kerajaan juga diberi perhatian dan setiap projek yang akan dilaksanakan perlu diperhalusi agar tidak membebankan komitmen kewangan dan hutang kerajaan.

“Belanjawan tahunan seharusnya dapat mendatangkan pulangan besar kepada pertumbuhan ekonomi menjana pendapatan rakyat dan negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali.

AHMAD BADRI MOHD. ZAHIR

Mesyuarat tersebut antara langkah awal dilakukan beliau selepas menjawat jawatan nombor satu pentadbiran negara pada Ahad lalu.

Hadir sama mesyuarat berkenaan ialah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir dan Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen.

[BACA ARTIKEL] Kerajaan tambah hutang RM3.5 bilion – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Tilikan ekonomi Guan Eng tak tepat — Suara Merdeka

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyeru supaya pelaksanaan langkah Belanjawan 2020 dan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) yang baharu diumumkan dilaksanakan segera.

“Perdana Menteri mengarahkan jentera kerajaan mengambil perhatian serius bagi melaksana dan mempercepatkan pelaksanaan langkah Belanjawan 2020 serta PRE ini.

“Kementerian Kewangan perlu memastikan pelaksanaan kesemua inisiatif berjalan dengan lancar dan segera serta memantau keseluruhan impak dan prestasi langkah PRE ini,” ujarnya.

(Visited 887 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button