fbpx
Politik

Kelulusan automatik perlu diberi kepada pemohon moratorium pinjaman

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) perlu memastikan pemohon yang memohon lanjutan moratorium pinjaman daripda bank mendapat kelulusan automatik.

Tanpa mengira sama ada pemohon tergolong dalam kumpulan pendapatan B40, M40 ataupun perusahaan kecil dan sederhana (SME), janji yang diberikan mesti ditunaikan.

Lanjutan moratorium automatik itu adalah bertujuan untuk merancakkan kembali kitaran ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli rakyat.

Lebih-lebih lagi apabila catatan keuntungan yang diperolehi bank dalam suku kedua dan ketiga tahun ini meyakinkan moratorium secara automatik boleh diberikan.

“Keuntungan bersih bank sepanjang moratorium pinjaman pukal pada April hingga September 2020:


Suku ke-2 2020 (April – Jun)

BIL.

BANK KEUNTUNGAN

SUKU SAMA 2019

1. Maybank RM942 juta RM1.94 bilion
2. CIMB Bank RM277 juta RM1.51 bilion
3. RHB Bank RM400 juta RM615 juta
4. Public Bank RM1 bilion RM1.33 bilion
5. Alliance Bank RM104 juta RM77 juta
6. Hong Leong Bank RM525 juta RM469 juta
7. Ambank RM365 juta RM391 juta
8. Affin Bank RM67 juta RM156 juta
9. Bank Islam RM153 juta RM195 juta

Suku ke-3 2020 (Julai – September)

BIL BANK KEUNTUNGAN SUKU SAMA 2019
1. Maybank RM1.95 bilion RM2.0 bilion
2. CIMB Bank RM194.4 juta RM1.01 bilion
3. RHB Bank Belum umum
4. Public Bank RM1.39 bilion RM1.36 bilion
5. Alliance Bank RM104 juta RM115.4 juta
6. Hong Leong Bank RM728.9 juta RM688.6 juta
7. Ambank Belum umum
8. Affin Bank RM48.7 juta RM48.7 juta
9. Bank Islam Belum umum

“Bank mana yang rugi? Sebab itu, kami harap bank-bank tidak merumitkan permohonan peminjam.

“Menteri Kewangan PN akan tunaikan janji pada UMNO-BN (Barisan Nasional) pada hari Khamis untuk bank memberi kelulusan automatik kepada peminjam B40/M40/SME yang memohon lanjutan moratorium.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya hari ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan memaklumkan mendengar syarat daripada Ahli Parlimen BN untuk menyokong meluluskan Belanjawan 2021.

Namun, moratorium tidak diberikan secara pukal, sebaliknya pemberian automatik hanya diberikan kepada golongan B40 sementara M40 dan T20 perlu membuat pengisytiharan kendiri.

Tambah Najib Razak, berdasarkan keuntungan yang diperolehi bank walaupun berhadapan dengan tekanan ekonomi dan krisis kesihatan, keuntungan masih dicatatkan.

Dakwanya, bank langsung tidak mengalami kerugian daripada dua situasi besar tersebut, kecuali keuntungan yang berkurangan untuk bank-bank tertentu.

Namun, secara keseluruhannya, bank masih mencatat keuntungan.

“Bulan Julai lalu, Menteri Kewangan PN umum bahawa bank-bank Malaysia rugi RM1.06 bilion pada setiap bulan moratorium pinjaman pukal diberi.

“Semalam, kebanyakan bank-bank utama Malaysia telah umum keuntungan mereka bagi suku ke-3 tahun 2020 iaitu dari Julai hingga September.

“Bila dilihat dengan keuntungan bank bagi suku ke-2 (April hingga Jun), tiada satu bank yang pernah umum kerugian.

“Malah ada juga beberapa bank yang umum keuntungan yang lebih tinggi berbanding tahun lepas sepanjang tempoh enam bulan moratorium pinjaman pukal dari April hingga September,” jelasnya. – SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button