Nasional

Usaha guru pedalaman PdPR tanpa internet dapat perhatian Annuar

Usaha sekumpulan guru melakukan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan memberi modul kepada pelajar Orang Asli di Cameron Highland kerana ketiadaan kemudahan internet mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Dalam ciapan di Twitter, guru Sekolah Kebangsaan Lemoi yang menggunakan akaun BungoLale berkata, guru-guru sekolah di kawasan pedalaman tetap gigih mengajar dengan memberi modul kepada pelajar kerana tidak boleh melaksanakan PdPR berikutan tiada kemudiahan internet.

“PdPR untuk kami yang di pedalaman ini beginilah. Nak online tak boleh, jadi harap kepada buat modul sahaja.

“Tiap kali tengok anak-anak masih gigih hadir untuk ambil dan hantar modul rasa terharu dengan semangat mereka. Inilah sumber kekuatan kami. Semoga lekas baik semuanya,” kata BungloLale.

Beliau turut berkongsi gambar beberapa orang guru bertugas memberikan modul-modul kepada pelajar terbabit.

Dalam foto itu kotak-kotak turut disediakan bagi pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 meletakkan modul yang telah disiapkan.

Murid-murid yang datang mengambil dan menghantar modul diberikan ganjaran dalam bentuk gula-gula, coklat dan jeli.

Dengan cara itu guru-guru di sekolah terbabit tidak perlu masuk ke dalam kawasan pedalaman untuk menghantar dan mengambil modul daripada pelajar.

Bagaimanapun sekiranya pelajar tidak datang untuk mengambil dan menghantar modul yang perlu disiapkan guru-guru terbabit akan meredah hutan untuk pergi ke rumah pelajar terbabit.

“Jika kami perlu masuk ke kampung yang lebih jauh ke dalam hutan, kerana anak-anak tidak dapat ke sekolah untuk mengambil dan menghantar modul, kami akan tetap bawakan jajan buat mereka juga.

“Bila orang kampung kata, mereka dah buat jalan untuk motor lalu terus sampai kampung – kamilah yang paling teruja. Tapi rupanya, lagi penat naik motor rari jalan kaki. Satu persatu motor terpaksa ditinggalkan.

“Begitupun, misi menghantar modul tetap diteruskan walaupun barai,” kata BungoLale.

Sementara itu Annuar dalam ciapannya di Twitter berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menyiasat aduan guru terbabit.

Menurut Annuar, sebuah menara komunikasi telah dipasang di Pos Lemoi dan akan beroperasi sepenuhnya pada hujung bulan depan.

“Sentuhan seorang guru boleh memberikan sumbangan yang tidak ternilai buat negara.

“Alhamdulillah @MCMC_RASMI bergerak pantas untuk menyiasat keadaan di sekitar Sekolah Kebangsaan Lemoi, Cameron Highlands yang mempunyai seramai 127 orang pelajar.

“Terdapat sebuah menara komunikasi di Pos Lemoi yang terletak 100 meter dari sekolah tersebut yg kini di peringkat akhir pemasangan gentian optik,” kata Annuar.

Apabila siap menara komunikasi tersebut akan memberikah perkhidmatan 4G kepada sekolah dan kawasan terbabit.-SM

 

(Visited 538 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button