Politik

Polis rakam keterangan Tun Dr Mahathir berunsur penghinaan terhadap institusi Diraja

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi raja.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, turut mengambil keterangan bagi membantu siasatan adalah bekas Pengerusi Pejuang Wilayah Persekutuan Datuk Khairuddin Abu Hassan dan bekas Timbalan Presiden Pejuang Datuk Marzuki Yahya.

Kenyataan dari pihak polis berhubung siasatan yang dijalankan, Tun Dr Mathadir penghinaan terhadap institusi Diraja
Kenyataan dari pihak polis berhubung siasatan yang dijalankan, Tun Dr Mathadir penghinaan terhadap institusi Diraja

Beliau berkata kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah hingga mengganggu proses siasatan.

Mohd Shuhaily dalam kenyataan berasingan juga mengesahkan telah menjalankan siasatan terhadap pemilik atau pengendali akaun Facebook Iman Mustaqim yang memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap Sultan Selangor semalam.

Menurutnya hantaran di Facebook tersebut berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau berkata kes turut disiasat oleh unit yang sama di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes berkenaan juga masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan,” katanya

Artikle Berkaitan :>

Demi agama, bangsa dan tanah air, Tun Dr Mahathir tinggalkan Pejuang

‘Kata nak pecat’, Dr. Mahathir tunggu di pejabat Bersatu

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button