Hiburan

300 hadir temuduga Bubblebee, Shuib luah rasa terharu

SHUIB menyatakan rasa gembira bercampur sayu melihatkan kesungguhan hampir 300 orang yang hadir mencari peluang kerja bersama jenama BubbleBee miliknya.

Difahamkan, temuduga terbuka itu menawarkan lebih 100 peluang pekerjaan.

“Saya sendiri tidak menyangka sambutan yang diterima sangat luar biasa. Ibu pejabat yang terletak di Puchong, Selangor dipenuhi mereka yang berbaris panjang.

“Kalau 300 orang datang dan masing-masing duduk dengan jarak 1 meter, 3 kilometer juga tu,” katanya yang mengadakan temuduga terbuka selama dua hari bermula 10 Jun lalu.

Menurut Shuib, dia turut terkesan apabila ramai yang hadir sebenarnya baru sahaja hilang pekerjaan akibat pandemik Covid19 yang menyebabkan banyak syarikat ditutup dan mengakibatkan hilang mata pencarian.

Malah, dia sendiri faham dan dapat merasai sendiri kepayahan mencari kerja memandangkan dia pernah berada di tempat mereka satu ketika dahulu.

“Saya dah melaluinya dahulu. Datang temuduga kerja jauh-jauh tapi akhirnya tak dapat. Bila melihatkan kesungguhan mereka, hati jadi sayu,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu yang dia juga bakal membuka enam cawangan baharu sedikit masa lagi.

Tambahnya, rakan-rakan artis yang mempunyai modal tetapi tidak tahu hendak berniaga apa boleh menyertainya. – SM

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button