Sukan

Keluarga Allahyarham Azizan Baba terus dapat bantuan

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 28 Mac – Keluarga bekas pemain bola sepak Melaka United, Allahyarham Mohd Azizan Baba yang
meninggal dunia akibat penyakit kanser Isnin lalu, terus mendapat perhatian apabila pihak pengurusan bola
sepak Terengganu FC (TFC) menyampaikan bantuan.

Pengurus TFC, Mohd Fadhil Wahab berkata, pihak pengurusan termasuk pemain berjaya mengumpul sejumlah danauntuk diserahkan kepada isteri Allahyarham, Yusriati Mohd. Yunos.

Menurutnya, pihaknya terpanggil untuk membantu isteri Allahyarham yang kini menyara lapan orang anaknya
berusia antara dua hingga 15 tahun.

Beliau berkata, kebetulan skuadnya mengadakan perlawanan persahabatan dengan Melaka United (MU), peluang
itu digunakan untuk menyampaikan sumbangan wang tunai.

“Jasa Allahyarham mewarnai bola sepak Malaysia amat dihargai dan kami daripada TFC amat prihatin terhadap
isterinya dan sekurang-kurangnya sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban ahli keluarga serta anak-
anak.

“Kami mendoakan semoga isterinya tabah mengharungi kehidupan selepas kehilangan suami akibat sakit kanser
di Hospital Melaka,” ujarnya selepas menyampaikan sumbangan di Kampung Bakar Batu, Bachang di sini
semalam.

Turut hadir menziarah keluarga Allahyarham ialah Hadir bekas pemain kebangsaan Halim Jantan dan Hairudin
Omar.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka pada Isnin selepas
mengadu sesak nafas sehari sebelum itu.

Hairuddin ketika ditemui berkata, dia sangat mengenali Mohd. Azizan sebagai seorang rakan yang baik dan
mesra.

Menurutnya, sokongan semua pihak termasuk bekas pasukan yang pernah diwakili juga mampu meringankan beban keluarga Allahyarham.

Sepanjang karier, Allahyarham mula mewakili skuad Sang Kancil sejak 1986 ketika berusia 17 tahun untuk
Piala Razak dan Piala Presiden serta menyarung jersi Liga Semi-Pro pada 2004.

Dia juga pernah menyarung jersi Johor FC (kini Johor Darul Ta’zim) dari 2005 hingga 2011, Sarawak (2012-
2013) dan Pulau Pinang (2014).

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button