Jenayah

Keluarga Adib akan tuntut ganti rugi terhadap polis

KELUARGA anggota bomba yang maut ketika menjalankan tugas, Muhammad Adib Mohd Kassim akan menuntut ganti rugi terhadap pilihak polis.

Menurut peguam yang memakili keluarga itu, Mohd Kamaruzaman A Wahab, tuntutan dibuat terhadap kegagalan pihak polis mengawal kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 sehingga menyebabkan kematian Muhammad Adib.

“Kami akan mulakan tindakan sivil terhadap polis dalam masa terdekat. Saman ini bagi menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis mengawal keadaan pada hari kejadian yang kemudiannya menyebabkan kematian Adib,” katanya Mohd. Kamaruzaman.

Memetik laporan FMT, Mohd. Kamarulzaman memaklumkan perbincangan dengan pihak keluarga sedang berjalan bagi mengambil tindakan sivil tersebut.

Dalam kejadian awal pagi 27 November dua tahun lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya mendapat kecederaan parah dalam rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Beliau meninggal dunia pada 17 Disember tahun itu selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

Mohd Kamaruzaman berkata, pihak peguam bela dan keluarga Muhammad Adib masih berpegang pada pandangan dengan keputusan Mahkamah Koroner 27 September 2019 bahawa punca kematian anggota bomba itu akibat dipukul.

Mahkamah Koroner pada 27 September tahun lepas memutuskan Adib menemui ajal akibat perbuatan pihak ketiga yang menyerang dan memukul beliau dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 itu.

Koroner Rofiah Mohamad yang mendengar inkues kematian anggota bomba itu memutuskan perkara itu setelah berpuas hati dengan keterangan saksi sepanjang prosiding.-SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button