Politik

Keluar PN atau tidak, Ahli MT UMNO tiba di Menara Dato’ Onn

AHLI Majlis Tertinggi UMNO mula tiba di ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn. Mesyuarat MT UMNO hari ini menjadi perhatian kerana ia mesyuarat pertama diadakan selepas Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung pada bulan lalu.

Pada perhimpunan tersebut perwakilan memberi mandat kepada ahli MT UMNO untuk membuat keputusan tarikh untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Mesyuarat dijadual berlangsung pada pukul 3.30 petang.

Mesyuarat itu dijangka membuat beberapa keputusan penting termasuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung Jun depan.

Selain itu, mesyuarat MT juga difahamkan akan membincangkan agenda sama ada untuk menarik atau menangguhkan sokongan parti terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020).

Antara dilihat tiba Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi bin Zainul Abidin, Ketua UMNO Bahagia Batu Pahat Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Azalina Othman Said.-SM

 

(Visited 506 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button