Sukan

Meeraj petinju negara umum persaraan tetapi…

GELANGGANG tinju agak jarang-jarang diperkatakan oleh masyarakat negara kita. Namun itu tidak bermakna kita tidak mempunyai petinju negara. Cuma bezanya antara atlet kalangan peninju ini, paparan tentang mereka jarang-jarang sekali.

Bagaimanapun, petinju profesional negara, Meeraj Khan mengumumkan persaraan selepas meraih tiga tali pinggang kejuaraan dalam tempoh 15 tahun.

Keputusan Meeraj itu, hanya ada seorang petinju yang dapat menarik dia kembali semula ke gelanggang.

“Saya agak kecewa dengan mengambil keputusan untuk bersara.

“Tetapi saya akui, perlawanan berdepan Farkhan Harun hanya mampu membawa saya kembali ke gelanggang,” kata Meeraj.

Meeraj bersara selepas mewakili negara dalam tinju amatur, sambo, seni bela diri campuran (MMA) sebelum bergelar petinju profesional pada 2005.

Menurut Meeraj lagi, Farkhan disifatkan oleh beliau sebagai seorang petinju terbaik negara.

“Dia seorang yang berbakat dan memiliki kemampuan yang sangat berkualiti. Dia mengambil keputusan yang tepat dalam karier dan jika saya akan kembali ke gelanggang, Farhan adalah lawan yang mahu saya beraksi di atas gelanggang,” kata Meeraj lagi.

Beliau antara perintis arena tinju profesional di Malaysia namun masalah mendapatkan tajaan ekoran pandemik Covid-19 selain kecederaan memaksa petinju berusia 30 tahun itu bersara. – SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button