Nasional

16 daerah di Selangor berada di zon merah Covid-19

Pasukan Khas Covid-19 Selangor (STFC) mengesahkan sebanyak 16 daerah di enam mukim di Selangor dikategorikan sebagai zon merah sehingga semalam.

STFC menerusi kenyataannya berkata, 16 daerah yang dikategorikan zon merah ialah di Kapar, Klang, Ampang, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Semenyih, Bukit Raja, Damansara, Petaling dan Sungai Buloh.

Lima lagi kawasan lain yang turut berada di zon merah ialah Batu, Hulu Klang, Dengkil, Labu dan kawasan di Kuala Langat.

“Sehingga pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 10 kes baharu melibatkan 10 kes tempatan dicatatkan di negeri ini.

“Sebanyak 2,271 kes Covid-19 dicatatkan di seluruh Selangor secara keseluruhan dengan merekodkan 24 kematian,” katanya.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 53 kes aktif direkodkan dan 39 kes melibatkan individu yang mendapatkan jangkitan di negeri lain.

“Setakat ini juga, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (RO) bagi Selangor juga lebih tinggi daripada Sabah.

“Perkara ini sangat memerlukan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi bagi menurunkan semula jangkitan di Selangor termasuk penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan,” jelasnya. -SM

(Visited 1,412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button