fbpx
Nasional

Keliru doktor beritahu virus Influenza A hanya demam biasa

VIRUS Influenza A yang kini menjadi perhatian utama klinik dan hospital kerana kes jumlah kes yang dikesan meningkat menimbulkan kebimbangan masyarakat awam.

Virus tersebut dikatakan amat merbahaya kepada kanak-kanak dan orang tua dan jika dijangkiti serta tidak dirawat boleh membawa maut.

Lain pula ceritanya yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook, Azua Hussin.

Selepas tiga hari demam dia pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Selepas ujian dilakukan, doktor berkenaan mengesahkan beliau dijangkiti virus tersebut.

Doktor tersebut kemudiannya memberikan Azua surat untuk dirujuk ke hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.


Mengikut Azua, doktor hospital kerajaan yang dikenali sebagai Shah itu bagaimanapun memberitahu virus Influenza A tidak berbahaya.

Berikut cerita Azua Hussin:

VIRUS INFLUENZA A TAK BAHAYA LA…

Dear Encik Shah, Hospital S*******. (Maaf, saya tak rasa nak guna Dr..Shah sebab saya rasa awak bukan doktor).

Saya tak kisah layanan yang kurang memuaskan oleh kamu. Mungkin kamu penat bertugas di Unit Kecemasan jam 2 pagi. Tapi beware dengan maklumat yang kamu berikan kepada patient.

KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sebar poster sana sini berkenaan bahaya virus Influenza A kepada orang awam dan semestinya Encik Shah maklum yang semua orang Malaysia sedang berhati-hati dengan virus ini terutama anak kecil dan warga emas.

Saya telah disahkan positive Influenza A oleh klinik swasta selepas tiga hari demam dan diminta untuk terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Saya ke Hospital S****** pada jam 11.30 malam. Saya pergi lewat sebab plannya nak refer di private hospital untuk mudahkan husband yang masih belum sihat untuk uruskan if saya warded.

Tapi tak ada rezeki sebab majoriti katil penuh untuk kes influenza ni. Finally saya rujuk ke Hospital S*******.

Selepas tunggu selama dua jam lebih, tiba nombor giliran saya untuk berjumpa doktor.

Soalan pertama Encik Shah ialah: “Kenapa puan datang sini ye?” (masa tu dia dah baca surat refer dari klinik swasta together with nose swab yang terang-terang tulis patient is positive Influenza A).

Tapi saya jawab juga, “Saya rasa badan tak sedap dan rasa nak pitam”

“Ok, puan ada rasa susah nak bernafas ke?

Saya jawab “Takde. Cuma selsema, batuk, sakit tekak dan pening kepala.”

“Jadi? Apa yg puan risau? Simptom biasalah tu selesema batuk etc.”

Saya diam dan terkejut bila respond Encik Shah macam tu. Then dia sambung jawab sebab tengok saya macam tak boleh terima respond dia.

“Biasalah tu… Influenza A ni takde apa pun, demam virus biase je puan. Nanti baiklah.”

“Saya ada anak kecil, mestilah saya risau kalau berjangkit.”

“Ye.. Tapi nanti baiklah”

“Kalau demam biasa, saya pun tak kisah. Tapi doktor dari klinik yg refer saya ke sini. Sebab tu saya datang.”

“Ok, itu biasalah. Tak apa, puan pergi ambil darah dulu.”

Lepas result darah keluar, saya serah pada Encik Shah semula. Dan dia dapat je terus dia macam senyum sinis dan cakap “Ha kan saya cakap ok je darah ni, takde apa pun. Hahaha.” Siap gelak-gelakkan patient ye.

Sepanjang consultation, langsung tiada advice untuk cegah dari berjangkit macam mana. Advice guna mask ke. Basuh tangan selalu ke.. Jaga kebersihan ke.

Concern dia masa tu lebih nak tegaskan Virus Influenza A is not dangerous. Its normal fever dan tak perlu risau ye tuan puan.

Allahuakbar. Masa tu Allah saja yang tahu perasaan saya menahan marah bila seorang pegawai perubatan berikan respond sedemikian.

Sangat kecewa bila satu Malaysia disarankan untuk aware dengan simptom yang KKM maklumkan dan buat langkah-langkah pencegahan bila perlu, but end up Encik Shah bagi respond yang sangat bercanggah kepada patient.

Ya. Encik mungkin sudah sangat-sangat arif dengan virus ini and know how to deal with it sebab itu memag bidang encik. Tapi berbeza dengan kami orang awam yang bukan bidang kami untuk tahu bahaya atau tidak virus tu.

Jadi kami hanya yakin dengan apa jua saranan daripada KKM tentang satu-satu virus tu. Jika KKM kata bahaya maka kami akan ada rasa risau dan takut.

Serius! keluar je dari bilik Encik Shah saya terus tanggalkan mask sebab saya memang rimas tutup mulut dan saya anggap ia tak perlu pun since Encik Shah pun dah mention Influenza A ni demam biasa je kan.

Kiranya poster KKM tentang bahaya Virus Influenza A boleh bawa maut tu tak betul lah ye. Ramai kena tipu rupanya.

Jawablah dengan adab. Ilmu tanpa adab tidak berguna. Ramai yang berilmu, tapi tidak ramai yang beradab. Orang berilmu dan beradab takkan guna bahasa sampah tuan.

Mujur saya ada doktor yg lebih pengalaman kat rumah. Terima kasih mak tolong uruskan rumah, macam-macam nasihat Doktor Mak bagi, jangan sentuh anak-anak sangat, makan ubat, rehatkan badan dan jaga makan. Now saya pakai mask sebab Doktor Mak yg suruh.

Jarang nak mengomel, tapi kali ni terajin pulak nak mengomel sebab rasa macam menarik je info baru dari Encik. Shah ni.-SM

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button