Luar Negara

Kelesuan dalam melawan pandemik Covid-19 akhirnya timbul

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada negara Eropah berhubung kelesuan dalam menghadapi ancaman pandemik Koronavirus (Covid-19).

Ini kerana, WHO menegaskan kelesuan dalam mengahdapi ancaman itu menjadi cabaran baharu bagi negara di benua itu untuk terus menangani wabak pandemik adalah berisiko tinggi.

Malah terdapat beberapa data menerusi tinjauan yang diperoleh WHO dalam beberapa negara menunjukkan dapatan yang sama.

“Walaupun ia dinilai secara berbeza berdasarkan kepada negara tertentu, namun kelesuan itu dilapor mencapai tahap 60 peratus dalam beberapa kes.

“Penduduk di seluruh dunia melakukan pengorbanan besar selama lapan bulan ini bagi memerangi dan membendung Covid-19.

“Justeru adalah wajar mereka mudah rasa penat dan hilang motivasi terhadap wabak pandemik yang terus mencatatkan kes tinggi setiap hari.”

Demikian kata Pengarah WHO Eropah, Dr. Hans Kluge seperti dilaporkan sebuah agensi berita antarabangsa hari ini.

Justeru, para pemimpin negara Eropah diseru supaya mendengar rintihan rakyat negara mereka dan bekerjasama untuk memastikan segenap masyarakat di sana mampu untuk terus berjuang menangani Covid-19.

Terdahulu, WHO melaporkan lebih 6.2 juta kes jangkitan Covid-19 di rekodkan di 53 negara Eropah dan hampir 241,000 kematian dicatatkan sejak semalam. – SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button