Nasional

Sita kenderaan berat: JPJ bertindak ikut prosedur

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengambil maklum terhadap laporan media mengenai tindakan
sita kenderaan berat yang melakukan kesalahan membawa lebih muatan dan berisiko tinggi kepada berlakunya kemalangan dan kerosakan jalan raya.

Dimaklumkan bahawa JPJ dalam menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) & Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), adalah bersandar kepada prosedur di bawah akta berkenaan.

Kenderaan berat yang membawa lebih muatan atau berbahaya adalah berisiko kepada kemalangan maut akibat kegagalan fungsi brek dan kegagalan teknikal kenderaan disamping mengakibatkan kerosakan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan kepada kenderaan lain. Tindakan diambil dibawah Seksyen 57 dan Seksyen 80 [Akta 715].

Sehubungan dengan itu, tindakan tegas JPJ dengan menyita kenderaan lebih muatan kerana dalam kes-kes tersebut kenderaan berat itu telah membawa lebih muatan bukan sekadar 10% hingga 20% tetapi mencecah melebihi 70% sehingga 140% lebih muatan.

Sebagaimana sedia maklum, kenderaan berat yang dilesenkan untuk  membawa muatan adalah tidak dibenarkan melebihi had berat mengikut kapasiti teknikal yang ditetapkan dan Penguatkuasaan JPJ telah mengesan kenderaan berat tersebut telah membawa muatan berat melebihi lingkungan antara 70% ke hampir 140%.

Dimaklumkan juga bahawa keputusan kes bagi tindakan ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pihak Mahkamah. Justeru, pihak syarikat pengangkutan terlibat dinasihatkan untuk memohon dan menyelesaikan
perkara tersebut berdasarkan prosedur yang ditetapkan di bawah Seksyen 57 dan Seksyen 80 [Akta 715] dengan pihak Mahkamah berkenaan.

JPJ sentiasa memikul amanah dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan jalan raya serta tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya bagi mengurangkan
risiko kemalangan dan kehilangan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Jabatan ini menyeru agar semua pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta bekerjasama ke arah mengurangkan bilangan kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya. – SM

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button