Uncategorized

Selepas UMNO ikrar perkasa Muafakat Nasional, Pas juga tekad kukuhkan kerjasama

JIKA semalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional bersama dengan parti Pas, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata Pas juga bertekad untuk mengukuhkan kerjasama tersebut.

Abdul Hadi memberitahu media mengenai perkara itu kepada media selepas selesai mempengerusikan mesyuarat bulanan PAS di Pejabat Agung PAS, yang disertai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya Negeri-negeri di ibu negara.

Memetik laporan Harakahdaily, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan, PAS akan bersama UMNO untuk membuat sebarang keputusan berhubung Muafakat Nasional. Ini termasuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

“Sehubungan dengan itu, pendirian parti adalah, apa-apa perbincangan di luar, daripada kedua-dua parti mesti dilihat dalam muafakat bersama.

“PAS akan bersama dengan Umno walau apa jua keputusan dan bagi kita, mempekasakan agenda Muafakat Nasional ini menjadi keutamaan bagi parti,” kata Tuan Ibrahim.

Mesyuarakat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional akan diadakan pada 10 Febuari pukul 8 malam di Menara Dato’ Onn.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa berkata, UMNO akan mempertingkatkan gerak kerja bersama Pas.

“Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerjanya bersama Pas. Terutama dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan,” kata Anuar dalam satu kenyataan sejurus mesyuarat MKT UMNO selesai.

BACA JUGA: MKT UMNO putuskan terus perkasa Muafakat Nasional bersama Pas

Sebelum ini heboh diperkatakan isu kerjasama UMNO dan Pas dalam satu pakatan baharu dengan parti kerajaan perkara tersebut akan diputusan dalam mesyuarat MKT UMNO hari ini.

BACA JUGA: Lokman Adam malu bertuankan Presiden yang lemah

Isu pembentukan pakatan baharu timbul selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam mendakwa, Ahmad Zahid ‘mengaku ada perancangan UMNO untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk satu pakatan baharu’.

BACA JUGA:  Lokman Adam dipecat dari UMNO

Lokman Adam menerusi hantaran dalam Facebook miliknya, mendakwa Ahmad Zahid membuat kenyataan demikian ketika Mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO, baru-baru ini.-SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button