Rencana

Kelantan dan ASEAN 2025: Antara Infrastruktur Mega dan Ilusi Pembangunan

Oleh: Dr. Noah Ooi Wei Rong – Ketua Penyelaras Kajian & Penyelidikan

Bulan April dan Mei 2025 menyaksikan dua sidang penting, iaitu Persidangan Pelaburan ASEAN dan Sidang KemuncakASEAN 2025 yang meletakkan Malaysia di tengah-tengahgeopolitik rantau. Tekad ASEAN untuk bertindak sebagai satusuara menghadapi cabaran global kini semakin ketara, termasukdalam menghadapi tekanan tarif AS. Di sebalik diplomasiperingkat tinggi ini, wajar ditanya: apakah ada faedah konkritkepada negeri seperti Kelantan? Atau adakah kita hanyapenonton dari kejauhan?

Jawapannya, ada. Kelantan kini berada dalam trajektori baharuyang membolehkan negeri ini memainkan peranan lebih besardalam integrasi ASEAN. Kelantan terlibat dalam tiga inisiatifyang boleh membawa perubahan besar kepada ruang ekonomirentas sempadan, serta mengangkat kembali kedudukan negeri ini sebagai gerbang penting di pantai timur Semenanjung. Namun, ketiga-tiganya juga menjadi medan ujian: Adakah kitabersedia keluar daripadazon selesa‘ yang selama inimembataskan potensi sebenar negeri ini?

Pertama: ASEAN Power Grid (APG)

Projek APG bernilai AS$764 bilion merancang menyalurkantenaga dari Vietnam ke Singapura melalui Kelantan. Iaberpotensi menjadikan Kelantan sebagai ‘transit hub’ tenagabersih ASEAN. Namun, lokasi strategik sahaja tidak memadai. Tanpa pelan pembangunan tenaga yang menyeluruh, termasukpembangunan kapasiti melalui TVET dan penyertaan industritempatan, negeri ini mungkin hanya menjadi laluan pasif.

Kerajaan negeri perlu tampil dengan pelan pembangunan tenagabersih sendiri. APG bukan sahaja soal kabel, tetapi peluangmembina keupayaan tempatan dalam sektor tenaga bolehdiperbaharuisatu bidang yang bakal menjadi tulang belakangekonomi masa depan.

Kedua: Jambatan Kembar Rantau Panjang–Narathiwat

Projek ini bukan sekadar struktur fizikal. Ia adalah simbolketerhubungan semula wilayah sempadan yang lama terpinggir. Jika dibangunkan dengan visi dua hala, jambatan ini bolehmenghidupkan semula zon ekonomi di Rantau Panjang dan Narathiwat, khususnya dalam pelancongan dan perdagangankecil.

Namun, keberkesanan jambatan ini bergantung kepada strategi pasca-pembinaan. Pembangunan di kawasan sempadan mestidisertai dengan pendekatan sosio-ekonomi yang inklusif. Penduduk di kedua-dua belah sempadan perlu terlibat secaraaktif dalam perancangan dan pelaksanaan

Ketiga: Laluan Kereta Api Terus Kuala Lumpur–Bangkok melalui Kelantan

Cadangan menghidupkan semula laluan rel KL–Bangkok bakalmenghubungkan Malaysia dan Thailand melalui Kelantan, menjadikan Pasir Mas dan Rantau Panjang sebagai simpulpenghubung baharu. Ia berupaya membuka lembaran baharukepada ekonomi rentas sempadan, pelancongan berkekalan, dan integrasi budaya yang selama ini terhalang akibat infrastrukturyang terputus-putus.

Kerajaan negeri perlu mengambil peluang ini dengan merangkapelan pembangunan berasaskan rel. Ini termasuk stesen moden, integrasi pengangkutan awam, dan galakan pelaburan dalamsektor sokongan seperti inap desa, pelancongan budaya dan perniagaan tempatan

DMA Menuntut Pelan Tindakan Yang Strategik dan Menyeluruh

Tiga inisiatif tersebut meletakkan Kelantan dalam posisi geo-politik dan geo-ekonomi yang belum pernah diraih. Persoalannya; apakah kerajaan negeri mempunyai perancanganmenyeluruh untuk mewujudkan pemangkin sebenar kepadapembangunan yang inklusif, lestari, dan berasaskan potensitempatan?

Dewan Muda Alternatif (DMA) percaya bahawa masa depanKelantan tidak boleh lagi digantung kepada projek mega tanpapelan susulan yang jelas. Negeri ini perlu memposisikan dirinyasebagai pelaku aktif dalam menentukan hala tuju pembangunan.

Justeru itu, DMA menuntut tiga penjelasan utama daripadakerajaan negeri:

1. ASEAN Power Grid: adakah kerajaan negeri benar-benarbersedia mengambil bahagian dalam peralihan tenagaserantau yang menjurus kepada masa depan rendah karbondan kelestarian? APG berperanan mengintegrasikan sumbertenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan pelepasankarbon secara kolektif. Negeri ini perlu tampil denganpelan pembangunan tenaga bersih sendiri, termasukpembinaan kapasiti melalui TVET dan perancangan dasaryang menjadikan tenaga bersih sebagai agenda utamanegeri—bukan hanya retorikhijausemata-mata.
2. Jambatan Kembar Rantau Panjang: sejauh mana penyediaan infrastruktur sempadan akan diselaraskandengan pembangunan ekonomi setempat? Apakah strategi untuk melibatkan peniaga kecil, pelancong, dan komunitidua dunia dalam menjadikan kawasan ini sebagai zonpertumbuhan bersama?
3. Laluan Kereta Api KL–Bangkok: apakah pelan kerajaannegeri untuk menghidupkan ekonomi bandar-bandar kecilseperti Pasir Mas dan Rantau Panjang sebagai hentianbernilai tambah, bukan sekadar laluan transit? Adakahinfrastruktur pelancongan dan logistik tempatan akanditingkatkan secara menyeluruh?

DMA percaya, sekiranya ketiga-tiga soalan ini dijawab dengantuntas dan dibina atas dasar keterlibatan masyarakat, ketulusanpentadbiran dan keberanian politik, maka Kelantan bukan sahajaakan berdiri di tengah jaringan ASEAN, tetapi akan munculsebagai contoh terbaik bagaimana negeri sempadan bolehmenjadi pusat strategik dalam era baharu rantau ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button