Nasional

Zahid akui hantar surat sokong Anwar ke istana – Presiden MIC

PENGERUSI Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat kepada Istana Negara yang menyatakan kesemua 30 ahli Parlimen BN menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata presiden MIC SA Vigneswaran.

Menurut Malaysiakini, Vigneswaran berkata Zahid mengakui menghantar surat itu ke istana selepas 10 Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan mereka kepada Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin, dan selepas BN memutuskan untuk kekal sebagai pembangkang.

“Zahid mengaku menghantar surat itu selepas 10 Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan mereka kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin dan BN membuat keputusan untuk kekal menjadi pembangkang,” katanya kepada Malaysiakini

Beliau memberitahu bahawa hanya 28 daripada 30 ahli parlimen BN telah menandatangani ikrar “akujanji” sebelum pilihan raya umum untuk memberi mandat kepada Zahid untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti mengenai pembentukan kerajaan.

Timbalan pengerusi BN Mohamad Hasan dan bendahari agung Hishammuddin Hussein tidak menandatangani ikrar itu.

Vigneswaran enggan mengulas laporan bahawa surat yang dihantar Zahid telah menyebabkan ketegangan meningkat di Majlis Tertinggi BN dan terdapat percubaan untuk pengerusi BN itu dipecat. -SM

 

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button