Uncategorized

Kelangsungan pertukaran Presiden Indonesia: Dahulu hingga kini

RENUNG erti kestabilan politik perbandingan antara negara Republik Indonesia dengan Malaysia.

1.  Adalah amat menarik untuk melihat kelangsungan pertukaran Presiden-Presiden di Negara Republik Indonesia.

Semenjak kebelakangan ini, kepimpinan Presiden Jokowi amat terserlah dan menjadi sebutan rakyat Indonesia dan Malaysia.

2.  Di Indonesia, Presiden Pertama Republik Indonesia, Sukarno memerintah selama 22 tahun, sama seperti Tun Mahathir di Malaysia.

Sukarno memerintah dari tahun 1945, selepas Perang Dunia ke 2, sehingga 1967.

Manakala, Presiden Indonesia Kedua, Presiden Suharto memerintah selama 30 tahun dari tahun 1968 sehingga 1998.

3.  Selepas Era kejatuhan Presiden Suharto pada tahun 1998, akibat kegawatan ekonomi dan kebangkitan demostrasi Mahasiswa di Kota Jakarta, kepimpinan negara Indonesia di ketuai oleh 3 orang Presiden dalam jangka waktu 6 tahun sahaja.

Presiden BJ Habibie setahun,
(1998 hingga 1999).

Presiden Abdulrahman Wahid Gus Dur – 2 tahun,
(1999 hingga 2001).

Presiden Megawati Sukarnoputri – 3 tahun,
(2001 hingga 2004).

4.  Pertukaran Presiden salih berganti ini, memperlihatkan Negara Indonesia pada ketika itu mengalami satu Krisis Kepimpinan dan Ketidak Stabilan Politik.

5.  Perkara yang sama berlaku di Negara Malaysia, apabila Kerajaan BN-UMNO tumbang setelah 61 tahun memerintah.

Akhirnya dalam jangka masa yang singkat iaitu, 4 tahun, Malaysia dapat melihat 3 Perdana Menteri saling bertukar ganti.

*TUN MAHATHIR.*
22 bulan,
(2018 Mei  sehingga 2020 Februari).

*TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN.*
17 bulan,
(2020 Mac hingga 2021 Ogos).

*DATO’ SRI ISMAIL SABRI.*
(Ogos 2021 hingga kini).

6.  Kestabilan politik di Indonesia berlaku setelah Negara Indonesia mengharungi 6 tahun ketidak stabilan politik, dengan Presiden saling berganti.

Apabila Presiden Susilo Bambang menjadi Presiden Indonesia pada tahun 2004 sehingga 2014, selama 10 tahun ataupun maximum 2 penggal, Negara Indonesia memperlihatkan kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yang bertambah baik.

7.  *Dan apabila Presiden Jokowi Widodo mengambil alih jawatan Presiden pada tahun 2014 sehingga kini,* selama 8 tahun ini, Negara Indonesia sudah mula melonjak naik sebagai salah satu *POWER HOUSE EKONOMI ASIA PACIFIC* yang mampu bersaing dengan Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.

8.  Dinamik politik masa ini memperlihatkan Negara Indonesia diterajui oleh Presiden Jokowi yang bukan merupakan Presiden Parti PDI ataupun mana-mana politik.

Kekuatan politik Presiden Jokowi terletak pada sokongan Rakyat jelata yang menyokong kepimpinan beliau. Bukan parti politik.

Kebetulan ketika ini, perkara yang sama berlaku di Malaysia, dimana Perdana Menteri Malaysia diterajui oleh Seorang Naib Presiden Parti UMNO. Bukan Presiden ataupun Timbalan Presiden UMNO.

UMNO-BN yang mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang sedikit iaitu hanya 42 orang sahaja, mampu diangkat menerajui negara ini sebagai Perdana Menteri setelah perbagai perbincangan serta perjanjian politik dilakukan antara beberapa pihak, bagi membolehkan Kerajaan Campuran ini terbentuk dengan majoriti melebihi 112 kerusi.

9.  Sesungguhnya, Malaysia juga akan melalui proses ini, dan berupaya mencari kestabilan politik setelah sekian lama bergolak akibat pertukaran Kerajaan dan Pandemik Covid.

Apapun, Pilihanraya Umum Ke-15 bakal jadi penentu. – SM

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button