Nasional

Anwar individu pertama miliki ID digital di Malaysia

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendaftar dengan Identiti Digital Nasional atau ID Digital, menjadikan beliau individu pertama di negara ini yang mempunyai kemudahan ID Digital.

Digital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan digital individu yang akan memberi manfaat kepada sektor awam dan swasta dalam mengesahkan identiti pengguna apabila menjalankan transaksi dalam talian.

Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID adalah platform yang dipercayai dan selamat serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian untuk mengelakkan penipuan identiti apabila melakukan transaksi dalam talian.

Dengan Anwar, yang juga Menteri Kewangan, setelah berdaftar dengan Digital ID, ia bakal meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan ketelusan sistem.

Pada 21 Nov lepas, Anwar mengumumkan peruntukan segera RM80 juta kepada agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D), Mimos Bhd untuk mempercepatkan pelaksanaan ID Digital dan memperkasa transformasi digital serta membangunkan inisiatif digital, khususnya melibatkan urusan dengan kerajaan.

Anwar dilaporkan berkata ID Digital juga merupakan langkah awal untuk memperuntukkan subsidi bersasar dan kemudahan lain oleh jabatan kerajaan dan sektor swasta. – SM

Baca : Kerajaan kaji mekanisme pengagihan subsidi lebih berkesan

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button