Nasional

Kekangan pelaksanaan PDPR perlu diberi perhatian pihak berwajib

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia sebelum ini memberitahu yang sesi persekolahan akan diteruskan menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).

Hanya pelajar yang perlu mengambil peperiksaan utama sahaja yang akan hadir ke sekolah untuk sesi pengajaran secara bersemuka.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, usaha kementerian itu amat dikehendaki memandangkan kes Covid-19 dalam negara yang meningkat secara mendadak.

Namun, ada beberapa kekangan dalam PDPR yang perlu dilihat dan diambil tindakan segera untuk memastikan sistem pembelajaran itu berjaya.

“Antara masalah yang dihadapi ialah capaian internet yang tidak menyeluruh terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar.


“Jumlah peranti yang diperlukan pelajar dalam setiap rumah, ketiadaan pembantu yang mahir jika mempunyai masalah teknikal dan ketiadaan pemantauan,” katanya.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan

Menurut beliau, antara cadangan yang perlu diberi perhatian ialah memastikan E Textbook yang disediakan sudah diuji.

Jelasnya, pihak swasta dan kerajaan juga perlukan mengadakan dana mencukup untuk pelajar mempunyai peranti yang diperlukan.

“Pusat Rujukan PDPR disetiap Pejabat Pendidikan Daerah dan Negeri perlu diwujudkan sebagai pusat sehenti untuk menangani masalah berkaitan.

“Seorang Pegawai Khas juga perlu ditugaskan sebagai Kordinator dan perancang untuk PDPR dimanfaatkan secara berterusan,” jelasnya.

Tambahnya, pemeriksaan terhadap pelaksanaan PDPR juga perlu dilakukan secara berkala dan mengejut. -SM

(Visited 694 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button