Berita

Kekalkan kejituan Rejimen Askar Wataniah, Raja Muda Perlis

Pemerkasaan aktiviti promosi serta pelaksanaan latihan yang jitu sejajar dengan pengajaran yang diterapkan oleh Tentera Darat Malaysia dilihat mampu membawa impak yang besar dalam usaha membangunkan kekuatan sumber manusia di samping mengekalkan perkhidmatan para anggota Rejimen Askar Wataniah.

Pada masa yang sama, peranan yang sewajarnya dalam memantapkan mutu pengurusan pasukan seperti yang melibatkan aktiviti-aktiviti latihan juga mestilah dilaksanakan secara kreatif dan inovatif agar pasukan ini manpu kekal menjadi badan sukarela nombor satu pilihan rakyat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika mengajak seluruh anak watan di negeri Perlis samada lelaki atau wanita berumur di antara 18 hingga 45 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang sihat tubuh badan dan tiada rekod jenayah untuk bersama-sama menyertai Rejimen 504 Askar Wataniah.

Menurut Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Komander rejimen berkenaan yang merupakan sebuah
pasukan Tentera Darat Malaysia yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri, Beseri, Perlis, ‘Rejimen ini berperanan sebagai
benteng kedua pertahanan negara yang pada masa aman memfokuskan tugasan dalam merekrut, melatih dan mengekalkan keaktifan orang awam sebagai anggota pasukan Sukarela Askar Wataniah di Negeri Perlis’.

Brigadier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menambah bahawa bagi memastikan pasukan simpanan ini kekal relevan, pengekalan peranan dan fungsi utamanya hendaklah sentiasa diberi fokus oleh semua pemegang taruhnya di setiap peringkat.

Untuk maklumat lanjut bagi yang berminat bolehlah mendapatkan informasi
terkini melalui FB : Rejimen Askar Wataniah Perlis, Page : Rejimen 504 Askar Wataniah atau datang sendiri ke Kem Bukit Keteri pada setiap hari bekerja mulai jam 8 pagi hingga 5 petang dengan mengisikan link borang yang sudahpun disediakan bagi memudahkan pendaftaran masing-masing.

(Visited 754 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button