Nasional

Kekalkan hubungan kekeluargaan walau berbeza kepercayaan – Raja Muda Perlis

 

Hubungan erat sesama ahli keluarga harus terus dikekalkan walaupun berbeza agama dan kepercayaan.

Sebagai masyarakat majmuk berbilang kaum, sudah pasti elemen kekeluargaan merupakan ikatan yang paling kuat dalam memperteguh perpaduan nasional.

Demkian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyantuni saudara baru muallaf, Harun Abdullah, 34 di ‘Rumah Makan Warisan Arau’ pada petang tadi.

Hadir sama menyambut baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor serta pengusaha ‘rumah makan’ berkenaan, Rizwan Ahamad Badrudin.

Harun yang memeluk Islam pada Julai lalu, merupakan seorang berbangsa Tionghua dan mula tertarik dengan Islam sejak di bangku sekolah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan mengurniakan “angpau” selain turut memberikan galakkan kepada Harun untuk turut serta menyertai Program Peningkatan Sosio Ekonomi Asnaf MAIPs di bawah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM).

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda turut mengajak rakyat secara umumnya supaya mengamalkan hidup harmoni dengan sentiasa mempraktikkan mencari persamaan dan menjauhi perbezaan, menerapkan nilai seperti ungkapan Bahasa Inggeris “Agree To Disagree” dengan menghormati perbezaan sesama kita namun pada masa yang sama menyampaikan kebenaran, bertoleransi tanpa menggadaikan prinsip agama serta memahami sensitiviti agama dan kaum yang lain.

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button