Hiburan

Wawa Zainal terima mesej mahu tunjuk gambar bogel Aeril Zafril

PELAKON, Wawa Zainal memberitahu dia menerima mesej daripada seorang wanita yang tidak dikenali berkaitan gambar bogel suaminya, Aeril Zafril.

Menerusi mesej tersebut, pengguna media sosial yang menggunakan muka seorang wanita itu memberitahu yang dia mempunyai gambar Aeril berbogel di sebuah hotel.

Namun, mesej tersebut dihantar dengan ejaan yang agak mengelirukan dengan tatabahasa yang tidak betul.

Malah, mesej tersebut juga telah membuatkan Wawa hanya tertawa dan menganggap mesej itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Berikut petikan mesej yang dihantar pengguna media sosial berkenaan.

“Hi, saya Hialeah kawan rapat husband kamu dalam IG. Dia kahwin kamu dan membuat dengan pompuan lain.

“Semalam dia message saya dan tanya boleh tak kita membuat. Saya kata OK esok dekat hotel Melaka so kamu datang dekat jonker street saya jumpa kamu pastu kamu tengok husband kamu bogel dalam bilik hotel,” tulis mesej tersebut.

Aeril turut meninggalkan komen di akaun Instagram Wawa dengan nada berseloroh.

“Kami hanya membuat homework je. Tak ada buat apa-apa pun,” tulis Aeril. -SM

(Visited 1,361 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button