Nasionalpilihan

Rakyat Perlis sanggup beratur di Jabatan Mufti demi senaskhah al-Quran

INILAH benar-benar pencinta al-Quran yang terdiri dari rakyat Perlis.

Masing-masing sanggup beratur panjang hanya untuk mendapatkan senaskhah al-Quran.

Sangat luar biasa, tiba-tiba pekarangan Jabatan Mufti Perlis di Bangunan Datuk Mahmud Mat, di Kangar telah dilimpahi dengan orang ramai.

Jabatan berkenaan telah membuat hebahan di Facebook (FB) mengenai pemberian senaskhah al-Quran percuma pada 19 dan 20 Disember mulai pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui beliau tidak menyangka sambutan hangat yang diberikan oleh rakyat negeri ini.

Orang ramai beratur panjang menunggu peluang mendapatkan naskhah al-Quran di Jabatan Mufti. – Gambar Ihsan FB Dr MAZA

Mohd Asri berkata, beliau sebenarnya telah dititahkan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail supaya mengedarkan 1500 naskhah al-Quran.

Katanya, al-Quran ini adalah dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dipersembahkan kepada Baginda beberapa bulan yang lalu.

“Saya mengambil keputusan untuk menunaikan hasrat tersebut dengan cara mengiklankan di mana sesiapa yang berhasrat untuk memiliki al-Quran tersebut hendaklah datang ke Jabatan Mufti,” katanya dalam siaran media petang ini.

Katanya, tujuannya supaya mereka yang bersungguh-sungguh sahaja yang akan mengambil al-Quran tersebut.

Mohd Asri Zainal Abidin – Gambar Ihsan FB Jabatan Mufti Perlis

Mohd Asri menambah, jika diberikan secara rambang mungkin yang kurang berminat juga akan mengambilnya dan akhirnya hanya untuk disimpan.

“Apa yang saya kagum, apabila iklan itu keluar berpusu-pusu rakyat Perlis datang ke Jabatan Mufti di mana mereka sanggup beratur panjang untuk menerima senaskhah al-Quran,” katanya.

Beliau berkata, dalam waktu yang singkat sahaja hampir 700 orang menerima al-Quran pada hari pertama diedarkan.

“Pelbagai panggilan telefon dan surat-surat masuk memohon agar disimpan al-Quran untuk mereka,” tambahnya.

Katanya, pada pagi keesokkannya (hari kedua) jumlah beratur di hadapan Pejabat Mufti tetap di luar dugaan.

“Sebak dan menangis saya sendirian melihat suasana itu kerana biasanya ramai orang sanggup beratur untuk mendapatkan bantuan
tetapi sejumlah rakyat negeri ini sanggup beratur untuk mendapatkan senaskhah al-Quran,” katanya.

Beliau berharap semoga Allah memberkati Negeri Perlis ini atas sikap yang soleh rakyatnya.

Mohd Asri berkata, sejak beberapa tahun beliau telah meminta imam di setiap masjid selepas Solat Subuh setiap hari membaca al-Quran satu muka surat atau separuh dari awal sehingga khatam untuk diikuti oleh makmum sebagai pengajian mengelokkan bacaan.

 

Selepas itu katanya, imam akan membaca terjemahan ayat-ayat al-Quran tersebut.

“Harapan saya, setiap orang yang hadir ke masjid waktu subuh akan dapat membaiki bacaan al-Quran dan mendengar terjemahannya.

Maka katanya, dia secara langsung berguru bacaan al-Quran dan mengetahui maksud ayat-ayat al-Quran setiap hari sehingga khatam nanti.

Ini program pengajian tetap dan berterusan al-Quran yang berjalan setiap hari di setiap masjid di seluruh Negeri Perlis.

Jika ada masjid yang tidak berlaku hal itu, tanda imam tidak bertugas dengan baik.

Mudah mudahan dengan kecintaan rakyat Perlis kepada al-Quran dan program tersebut akan menjadikan rakyat negeri ini diberikan kurniaan Allah sebagai mereka yang mencintai dan memahami wahyu yang agung itu. – SM

Artikel berkaitan > Ikhlas atau riak, rahsia insan dengan Allah – Dr. Maza

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button