Luar Negara

Kek istana Hogwarts tanda 20 tahun filem pertama Harry Potter

Kek model skala istana Hogwarts telah dipamerkan untuk meraikan ulang tahun ke-20 tayangan filem Harry Potter yang pertama.

Menurut laporan BBC, kek itu yang berukuran enam kaki (183cm), mempunyai lebar 5 kaki (152cm), dengan tinggi dan berat 100kg, telah dipamerkan di Warner Bros Studio Tour di Leavesden Watford di mana kebanyakan filem francais itu difilemkan.

Ia mengambil masa selama 320 jam untuk dicipta dan dibuat dengan bahan mesra vegan.

Kek itu kemudiannya disumbangkan kepada One Vision, sebuah badan amal tempatan yang memerangi kemiskinan makanan.

Pengasas dan Ketua Eksekutif One Vision, Enoch Kanagaraj mengatakan bahawa beratus-ratus pengguna perkhidmatan dan pekerja utama mereka akan gembira dapat merasa sepotong kek itu.

Kek itu dicipta oleh artis dan pengukir kek, Michelle Wibowo untuk menandakan 20 tahun sejak penerbitan filem pertama Harry Potter iaitu Harry Potter and the Philosopher’s Stone di UK dan Ireland.

“Ini sudah pasti merupakan cabaran terbesar saya dan telah melibatkan banyak hari yang panjang dan malam yang larut, tetapi ia sangat berbaloi apabila dapat melihat reaksi hari ini kerana peminat menyaksikannya buat kali pertama dan dihidangkan dengan hidangan pertama,” katanya. – SM

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button