Nasional

Setelah aduan wujud, DBKL gempur kaki niaga tanpa lesen di Taman Tasik Titiwangsa

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat Cawangan Setiawangsa melaksanakan Tindakan Khas Aktiviti Perniagaan di sekitar kawasan Jalan Kuantan dan Jalan Tembeling, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur bermula jam 10.00 malam pada Jumaat, 5 Januari 2024.

Operasi khas ini diketuai oleh YBrs. TPj Noor Azman Mahlin, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dengan kekuatan 51 orang petugas.

Pemeriksaan secara mengejut dilaksanakan susulan isu dan permasalahan berkaitan aktiviti perniagaan dan penjajaan melibatkan penjualan makanan, minuman, kendera saji (food truck), peralatan mainan serta aktiviti penyewaan basikal dan kenderaan beroda (tuk-tuk).

Hasil pemeriksaan yang dijalankan didapati terdapat 3 buah struktur yang dijadikan setor bagi penyimpanan barangan dan peralatan berkaitan aktiviti perniagaan penyewaan melibatkan basikal dan kenderaan beroda.\

DBKL membuat tindakan sita dan pindah barangan ke atas 14 buah kenderaan beroda (tuk-tuk) setelah pemilik gagal mempamerkan lesen atau permit bagi membina atau membuat stor pemyimpanan sementara di tempat awam.

DBKL turut membuat 1 tindakan sitaan ke atas penjaja makanan dan minuman tanpa lesen yang menjalankan aktiviti di tempat awam.

Tindakan penguatkuasaan khas dijalankan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

DBKL akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan susulan selepas ini bagi memastikan semua aktiviti perniagaan yang mendapat lesen kelulusan dan kebenaran sahaja dibenarkan beroperasi di sekitar kawasan Taman Tasik Titiwangsa.

Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas akan dilakukan sekiranya masih terdapat pemilik aktiviti perniagaan dan penjajaan yang ingkar arahan semasa, yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Barangan dan peralatan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi.

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button