Politik

Tulisan Cina di FB: Mah Hang Soon tangani isu penampilan di media sosial

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon akan mengambil langkah menangani isu penampilannya dalam media sosial.

Ini berikutan beberapa pihak senjaga mempolitikkan penggunaan tulisan Cina dalam hantaran di Facebook rasmi beliau baru-baru ini.

Menurut Timbalan Presiden MCA itu, tindakan pihak berkenaan dilihat sengaja bermain politik perkaum terhadap dirinya.

“Baru sahaja satu hari saya mengangkat sumpah untuk memikul tugas sebagai Timbalan Menteri. Saya ada dua laman Facebook, satu dalam bahasa kebangsaan negara tercinta dan satu lagi dalam bahasa ibunda.

“Mereka secara sengaja membesarkan isu ini bahawa saya hanya membuat posting dalam bahasa Cina dan mengabaikan hantaran dalam bahasa kebangsaan Bahasa Malaysia,” kata Hang Soon.

Jelas Hang Soon, dia bernasib baik kerana terdapat rakannya yang memahami keadaan tersebut dan telah mempertahankan beliau dalam isu berkenaan.

“Saya akan berbincang dengan pasukan untuk menangani isu penampilan saya dalam komunikasi digital.

“Terima kasih kepada mereka yang menyokong, dan saya menyeru agar rakan-rakan sekalian jangan terjerat dalam perangkap politik perkauman ini,” kata Hang Soon.

Hang Soon sebelum ini dikritik oleh warganet kerana memuat naik hantaran dalam bahasa Cina di akaun Facebook beliau, sempena hari pertamanya bekerja di kementerian itu.

Rata-rata warganet menegur beliau supaya mengutamakan bahasa Malaysia berbanding bahasa Cina dalam hantarannya itu.-SM

(Visited 433 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button