Nasional

PKP: 116 ditahan berhibur di kelab malam, pub

POLIS Diraja Malaysia telah menahan 116 orang ketika berhibur di pub dan kelab malam sekaligus melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih lagi dikuatkuasakan sehingga 31 Disember ini.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ahmad Sabri Yaakob mereka adalah  antara 253 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP semalam.

Jelas beliau seramai 219 individu telah dikompaun manakala 32 individu pula direman dan dua individu lagi dibenarkan ikat jamin.

Selain aktiviti kelab malam dan pub kesalahan lain termasuk aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (70), tidak memakai pelitup muka (26), gagal menyediakan peralatan catitan keluar masuk (23), premis beroperasi lebih masa (2), ceroboh pusat kuarantin (2), gagal lunaskan bayaran pusat kuarantin (1), serta terlibat dalam aktiviti perjudian (13).

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 64,929 pemeriksaan semalam  bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebanyak 5,170 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 17,765 anggota telah membuat pemantauan di 3,579 pasar raya, 4,805 restoran serta 1,182 penjaja, 1,052 kilang, 3,631 bank dan 649 pejabat kerajaan. Juga dipantau, sebanyak 1,082 terminal pengangkutan darat, 211 terminal pengangkutan air serta 75 terminal pengangkutan udara.

Sementara itu Ismail Sabri juga berkata, sejak 24 Julai sehingga semalam seramai 20,455 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Kesemua mereka telah ditempatkan di 73 hotel dan 4 Institut Latihan Awam (ILA) di seluruh negara. Daripada jumlah itu, seramai 8,917 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 56 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Menurut beliau, seramai 11,482 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

“Semalam PDRM telah mengadakan 220 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing dan kesemua individu yang dikuarantin telah mematuhi SOP yang
ditetapkan.

“PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” kata Ismail Sabri.

Dalam pada itu pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  juga telah melakukan 1,264 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP.

Pemeriksaan mendapati 1,196 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 43 premis diberi nasihat dan 25 premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP.-SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button