Nasional

Pencuri motosikal ditahan ketika sedang lena tidur

DUA lelaki yang disyaki terlibat dengan aktiviti curi motosikal ditahan ketika sedang lena tidur dalam serbuan polis di sebuah rumah teres di Jalan PJS 2D/7 Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu dilakukan susulan aduan seorang lelaki yang kehilangan motosikal pada 4 Oktober lalu.

“Pengadu berusia 45 tahun itu memberitahu motosikal jenis Modenas Kriss MR1 milik anaknya hilang di bawah blik rumahnya di Taman Sri Manja, Petaling Jaya pada 3 Oktober.

“Susulan aduan, satu serbuan dilakukan dan telah menahan dua lelaki warga tempatan berusia 33 dan 39 tahun yang sedang tidur di tuang tamu rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, turut ditemukan berhampiran dengan kedua-dua suspek ialah dua buat motosikal jenis Honda EX5 dan sebuah motosikal jenis Modeks Kris MR1 dalam keadaan tidak sempurna.

Jelasnya, semakan rekod mendapati ketiga-tiga mosotikal tersebut tida mempunyai rekod hilang.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur rumah menemukan sebuah lagi motoskal jenis Modenas Kriss dalam keadaan tidak sempurna yang dilaporkan hilang.

“Kedua-dua suspek tidak mengaku terlibat dengan kes curi motosikal dan enggan memberi kerjasama sepenuhnya

“Semakan rekod lampau mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod berkaitan kes dadah dan jenayah,” ujarnya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button