Hiburan

Usia Bukan Penghalang, Tak Sangka Suami Vanidah Imran Bukan Calang-Calang!

Pelakon jelita, Vanidah Imran, kembali bergelar isteri apabila disunting Arifabillah Idris, yang merupakan seorang pesilat negara dan juga bertugas sebagai jurutera.

Biar pun berbeza jarak usia, Arifabillah, 43, melafazkan akad nikah sekitar jam 12 tengah hari tadi dan Vanidah, 49, atau lebih mesra disapa sebagai Vee menerima hantaran berbentuk seutas rantai emas.

Vee dan suami tampil dengan busana pengantin sentuhan daripada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini dan tatarias wajah pula adalah mendapat sentuhan Syed Faizal.

Berdasarkan rekod, Arifabillah sewaktu bergelar pesilat negara pada 2016 pernah meraih pingat dalam kejohanan Chungju World Martial Arts Masterships (WMC) di Cheongju, Korea Selatan.

Arifabillah juga pernah melalui fasa kegagalan rumah tangga dan memiliki empat orang anak sebelum ini dan keterbukaan Vee menerima dirinya sebagai suami memberi satu rahmat.

Disebabkan masing-masing memiliki banyak persamaan, Vee dan suaminya mengucapkan syukur dan gembira kerana berjodoh selain mudah bagi mereka untuk mencapai kata sepakat.

Walau bagaimanapun, jelas Vee sebelum merancang untuk mendirikan rumah tangga, banyak perkara yang harus difikirkan termasuklah menjaga hati anak-anak terlebih dahulu.

Terdahulu, Vee pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Rashidi Ishak pada Oktober 2000 serta dikurniakan dua cahaya mata sebelum masing-masing membawa haluan pada Ogos 2018.

(Visited 12,719 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button