NasionalNegeriTravel

Tahun Melawat Perlis 2024-2025 bakal tarik ramai pelancong

Tahun Melawat Perlis 2024-2025 merupakan satu program pelancongan khas yang diadakan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Perlis dengan slogan yang dipilih iaitu ‘Perlis Damai dan Menawan’ dan juga ‘Perlis – The Undeniable Charm.

Perkembangan sektor pelancongan negeri Perlis dijangka akan memberi kesan limpahan ekonomi kepada banyak pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui inisiatif ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima cendera mata dari Yusran Shah selepas merasmikan ‘Majlis Apresiasi Penaja Sisipan Khas Di Dalam Akhbar Tempatan Sempena Sambutan Ulang Tahun hari Keputeraan Ke-80 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Tahun 2023’ di Dataran Tuanku Canselor, UiTM Perlis di Arau.

“Program ini mempunyai objektif iaitu untuk menaikkan lagi imej Negeri Perlis agar lebih dikenali dengan kawasan pelancongan yang menarik; meningkatkan bilangan kehadiran pelancong ke Negeri Perlis sama ada pelancong domestik atau antarabangsa; memperkukuhkan jenama produk pelancongan.”

Demikian titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Apresiasi Penaja Sisipan Khas Di Dalam Akhbar Tempatan Sempena Sambutan Ulang Tahun hari Keputeraan Ke-80 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Tahun 2023’ di Dataran Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis di Arau.

Turut berangkat mengiringi Baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Rektor UiTM Perlis, Kampus Arau, Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menggenakan pakaian tema ala “Reggae” bersama semua tetamu yang hadir pada Majlis Apresiasi Penaja Sisipan Khas Di Dalam Akhbar Tempatan Sempena Sambutan Ulang Tahun hari Keputeraan Ke-80 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Tahun 2023’ di Dataran Tuanku Canselor, UiTM Perlis di Arau.

Majlis pada kali ini dianjurkan bersama oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan UiTM Perlis yang bertujuan untuk menghargai penaja-penaja utama yang terlibat di dalam penajaan sisipan akhbar pada sambutan kali ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, “Penajaan sisipan khas di dalam akhbar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 Tuanku Raja Perlis amat bermakna sekali dan ia sangat dihargai oleh Baginda”.

“Ia adalah satu bentuk taat setia dan kasih yang tidak berbelah bahagi para penaja kepada Baginda. Semoga dengan tajaan sisipan khas akhbar ini dapat meningkatkan lagi tekad serta kesungguhan Baginda untuk terus memerintah dan membawa kemakmuran kepada negeri ini”, tambah Baginda lagi.

Tema dan kod berpakaian ala “Reggae” oleh semua tetamu yang hadir menjadikan program ini lebih unik dan ceria!berbanding sebelumnya.

Antara senarai penaja pada tahun ini adalah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), FGV Chuping Agro Valley – FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd, Showa – Shorubber (Malaysia) Sdn Bhd dan Mutiara Perlis Sdn Bhd,

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan para penaja sempena Majlis Apresiasi Penaja Sisipan Khas Di Dalam Akhbar Tempatan Sempena Sambutan Ulang Tahun hari Keputeraan Ke-80 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Tahun 2023’ di Dataran Tuanku Canselor, UiTM Perlis di Arau.

Turut menaja ialah The Zon Duty Free – Emas Kerajang Sdn Bhd, C-Mart 3 Sdn Bhd, Sinar Jernih Sdn Bhd, Cement Industries Of Malaysia Berhad (CIMA), Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sains Malaysia (USM), UiTM, KPJ Perlis Specialist Hospital, Mercu Media dan Sadariffa Sdn Bhd.

Pemangku Raja Perlis turut mencadangkan supaya mengambil sempena
dengan sambutan ulang tahun Baginda yang ke-81 pada tahun hadapan serta Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Raja Perlis dalam tahun 2025, Baginda amat berharap penajaan-penajaan seumpama ini dapat diteruskan lagi, bahkan ditambah dengan penajaan baharu daripada syarikat serta organisasi yang lain sama. – SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button