Ekonomi

Najib jangka dividen KWSP 2019 hanya 5.06 peratus

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meramalkan dividen 2019 yang akan dibayar kepada pencarum hanya 5.06 peratus berbanding dividen 2018 iaitu 6.15 peratus.

Andaian itu dibuat Najib berikutan rekod pendapatan KWSP sepanjang tahun ini yang jatuh berbanding pada tahun lepas.

“Semalam, KWSP umum pendapatan suku-3 2019 mereka telah jatuh 7.6% ke RM13.5 bilion.

“Suku  pertama pendapatan RM9.66b jatuh 25% berbanding 1018 iaitu RM12.88 bilion. Suku 2 pendapatan 2019 iaitu 12.39 bilion hampir sama dengan 2018.

“Jika prestasi suku keempat kekal dan tak jatuh seperti suku ketiga maka saya meramal dividen KWSP tahun 2019 adalah sekitar 5.06 peratus,” kata Najib.

Menurut Najib, saiz dan jumlah deposit pencarum KWSP meningkat sekitar 10 peratus setiap tahun.

Pada tahun 2017, sebanyak RM7.02 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus dividen.

Jumlah yang diperlukan meningkat ke RM7.72 bilion pada tahun lepas.

“Ini bermakna pendapatan tahunan KWSP perlu meningkat setiap tahun jika mereka mahu mengekalkan kadar dividen mereka.

“Setakat ini, pendapatan KWSP tahun ini merosot manakala jumlah yang diperlukan untuk mengekalkan kadar dividen yang sama telah meningkat,” kata Najib.

Menurut beliau, jika dividen KWSP tahun 2019 benar-benar 5.06 peratus maka ianya adalah dividen paling rendah sejak 11 tahun yang lalu.

Tegasnya, dalam tempoh sembilan tahun beliau menjadi Perdana Menteri kadar purata dividen tahunan KWSP  adalah 6.19 peratus termasuk dividen 6.9 peratus untuk tahun 2017.-SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button