Ekonomi

Kedudukan kewangan UDA Holdings stabil

LAPORAN Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 mendapati kedudukan kewangan UDA Holdings Berhad adalah stabil kerana keuntungan selepas cukai dicatatkan bagi tiga tahun berturut-turut.

Manakala jumlah aset melebihi liabiliti dan kedudukan tunai positif walaupun menunjukkan penurunan bagi tempoh tiga tahun.

Namun laporan audit itu mengatakan kecekapan prestasi pelaksanaan projek boleh dipertingkatkan.

“Pengurusan terhadap projek usaha sama Bukit Bintang Plaza juga kurang cekap kerana UDA menanggung kos berjumlah RM25.21 juta dan kehilangan pendapatan berjumlah RM118.34 juta,” kata laporan itu.

Menurut laporan itu, pengurusan bank tanah juga kurang berkesan kerana baki bank tanah menunjukkan trend penurunan setiap tahun.


Ia mengesyorkan supaya pelantikan pengerusi untuk mempengerusikan jawatankuasa di peringkat lembaga pengarah hendaklah dipertimbangkan semula kerana berisiko mewujudkan konflik kepentingan.

Selain itu, laporan tersebut juga mencadangkan supaya UDA Holdings mempelbagaikan usaha promosi dan pemasaran bagi meningkatkan jualan hartanah sedia ada. – BERNAMA

(Visited 112 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button