Pencemaran

Selamba campak dua beg sampah dalam sungai dari kereta

MASIH lagi ada penduduk di Malaysia mempunyai kesedaran sivik yang kurang dan tidak peka kepada pencemaran alam sekitar.

Tanpa rasa malu ada yang mempamerkannya di khalayak ramai dengan membuang sampah di tengah jalan malah ke dalam sungai.

Sebuah video tular seorang pengguna jalan raya yang dirakam membuang bukan satu tetapi dua beg sampah ke dalam sungai.

Perbuatan yang dirakam di Malaysia itu memaparkan seorang penumpang kenderaan mencampakkan sampah ke dalam sebatang sungai.

Ketika itu kenderaan yang dinaiki wanita terbabit melalui jambatan yang merentangi sebatang sungai.

Pada waktu itu keadaan trafik agak sesak dan kenderaan bergerak perlahan.

Kereta berjenama Bezza yang dinaiki wanita terbabit perlahan-lahan menghampiri tebing jambatan dan kemudian seorang wanita bertudung menjengukkan diri dari tingkap kereta dan kemudian dengan pantas membuat dua beg sampah.

Aksi tidak bertanggungjawab itu turut mendapat perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau ternyata kecewa dengan perbuatan wanita tersebut kerana masih ada segelintir masyarakat yang tidak lngsung mempunyai kesedaran sivik mengenai betapa pentingnya memelihara kebersihan sungai.

“Hari ini viral video sebuah kereta berhenti di atas jambatan dan membuang sampah ke dalam sungai. Saya ingin melahirkan rasa kecewa di atas sikap yang ditunjukkan.

“Dalam usaha kementerian melancarkan kempen menjaga sungai, masih ada segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan kebersihan sumber air kita,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak yang merakam insiden tersebut bagi kesedaran orang awam.

Dan kepada wanita tersebut, ini nasihat menteri: “Pelaku seharusnya insaf dan diharap dapat memohon maaf atas sikap buruk yang ditunjukkan.

Warganet turut tidak senang dengan perbuatan mencemari sungai yang menjadi sumber bekalan air kepada penduduk.

“Kesedaran sivik. Jauh lagi kita nak bina tamadun bangsa yang maju dari segi mentaliti pun dan mundur. Sama-sama didik anak cucu,” kata Eby Besut.

“Perangai buruk. Harap disaman kerana membuang sampah merata rata,” cadang Anne Aziz.

“Tu yang kita nampak yang kita tidak nampak ramai jer lagi tangan-tangan yang suka buang smpah merata. Kalau tak, tak ada la pantai penuh sampah sarap. Pampers merata-rata tempat,” kata Suria Na.-SM

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button