Mahkamah

12 anggota sindiket Macau Scam direman 21 hari

SERAMAI 12 individu termasuk empat warga tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti Macau Scam membabitkan kerugian kira-kira RM11 juta direman selama 21 hari bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, N Priscilla, mengikut Seksyen 4(1)(a) POCA sehingga 23 Disember.

Semua mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan empat wanita yang berusia antara 20 hingga 26 tahun ditahan dalam satu operasi di sebuah pangsapuri di Seri Petaling, Kuala Lumpur, pada Oktober.

Tangkapan tersebut susulan laporan polis daripada seorang mangsa pada 19 Oktober yang mengalami kerugian RM67,000 selepas menerima panggilan daripada suspek.

Media melaporkan sindiket itu dipercayai beroperasi selama dua tahun dan bertanggungjawab ke atas 76 kes penipuan sindiket Macau Scam melibatkan jumlah kerugian RM11 juta.

Berdasarkan modus operandi sindiket itu, mereka menipu mangsa dengan menyamar sebagai pegawai Pos Laju dan polis.

Sindiket berkenaan dipercayai melakukan aktiviti penipuan tersebut di luar negara sebelum kembali ke negara ini dengan mensasarkan warga tempatan. – SUMBER FMT

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button