Belang Bertempat

BN – Bebaskan Najib, bukan lagi Barisan Nasional?

TIDAK salah Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha membebaskan tuduhan salah guna kuasa, rasuah dan penggubahan wang haram.

Beliau kini semakin tersepit kerana terpaksa membebaskan diri daripada keputusan mahkamah yang mendapati beliau telah bersalah berhubung kes SRC dan pada masa yang sama beliau bakal berdepan dengan keputusan banyak lagi pertuduhan terhadap beliau.

Najib juga perlu membersihkan nama beliau pada pandangan mata rakyat. Sekurang-kurangnya apabila di mahkamah pengadilan beliau didapati bersalah, tetapi beliau masih diterima dan diberi ruang oleh mahkamah rakyat yang masih bertolak-ansur dengan beliau, khususnya melibatkan ahli-ahli UMNO.

Ahli-ahli UMNO dan para pentaksub Najib masih menganggap pemimpin kesayangan mereka itu telah dianiaya, walaupun jelas disebut duit rakyat telah digunakan untuk pelbagai aktiviti yang berkepentingan peribadi dan apabila perbicaraan kes 1MDB berjalan di Amerika Syarikat kita terus digemparkan dengan pelbagai lagi fakta yang mengejutkan, hinggalah melibatkan skandal warga asing dengan individu ternama di negara ini.

Silapnya ahli UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) apabila mereka membenarkan pemimpin yang berdepan dengan tuduhan rasuah menggunakan platform parti untuk membersihkan nama mereka.

Ini menyebabkan parti berkenaan yang selama ini dikenang sebagai parti yang banyak berjaya kepada negara, tetapi kini dianggap sebagai sebuah parti dipenuhi dengan para pemimpin yang tidak amanah serta mempunyai masalah integriti.

Lihat sahaja Najib pada sesi persidangan Dewan Rakyat semalam, peluang yang ada digunakan untuk membela diri sendiri di Dewan Rakyat dan bukan membawa masalah rakyat yang memerlukan pembelaan.

Najib juga menggunakan Pilihan Raya Negeri Johor untuk membela diri daripada pelbagai pertuduhan dilemparkan oleh pihak musuh dan semuanya berkaitan kebobrokan pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri dan pelbagai pertuduhan yang dihadapi oleh beliau di mahkamah.

Jika sebelum ini slogan “Malu Apa Bossku” cukup popular, kini semakin ramai yang malu untuk menyebutnya.

(Visited 866 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button