Nasional

Kedai boleh buka hingga 10 malam, esok

Semua sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) kini dibenarkan melanjutkan waktu operasi sehingga pukul 10 malam bermula esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, keputusan itu bagi mengelakkan kekeliruan dalam penguatkuasaan susulan lanjutan operasi restoran dan kedai makan sebelum ini.

“Kita tahu banyak kekeliruan dan menyukarkan penguatkuasaan kerana waktu (operasi) berbeza-beza, selain banyak permohonan daripada sektor perniagaan untuk melanjutkan masa (operasi).

“Selepas Kementerian Kesihatan buat penilaian risiko, kerajaan sekali lagi setuju lanjutkan waktu operasi untuk sektor dibenarkan (ketika PKP) sampai 10 malam,” katanya dalam sidang media hari ini.

(Visited 727 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button