NasionalPolitik

Pemimpin PH jangan kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta supaya tidak campur tangan dalam penyiasatan polis berhubung isu pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang diketahui umum turut membabitkan beberapa pemimpin DAP.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohd. Aris berkata, tindakan itu bukan sahaja mengelirukan malah akan hanya menjejaskan ‘rules of law’ dan kedaulatan undang-undang.

“Sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah, banyak ahli politik khususnya daripada pihak kerajaan cuba campur tangan dalam isu-isu sensitif.

“Terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya berkata jika polis tidak ada bukti mengaitkan tahanan dengan gerakan pengganas LTTE, mereka perlu dilepaskan sebelum sambutan perayaan Deepavali,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook beliau hari ini.

Menurut beliau, tangkapan yang dilakukan terhadap penyokong LTTE bukanlah bersifat perkauman dan tidak seharusnya dipolitikkan.

“Adalah tugas pihak PDRM dalam melindungi keselamatan negara dan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas wajar ditangkap,” katanya.

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button