Sukan

Kedah tangguhkan hasrat JDT untuk rai kejuaraan

JDT terpaksa menangguh dahulu hasrat mereka untuk meraikan kejuaraan Liga Super lebih awal apabila Kedah masih lagi berada pada posisi yang boleh mencabar mereka.

Malam tadi Kedah Darul Aman melengahkan kejuaraan JDT itu apabila menewaskan Petaling Jaya (PJ) City 4-1.

Jika Kedah tewas malam tadi maka JDT berpeluang memenangi Liga Super musim 2021, namun kini mereka perlu menewaskan Sri Pahang Jumaat ini bagi mengesahkan kejuaraan buat kali kelapan berturut-turut.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi, pasukan Kedah membuka jaringan seawal minit keempat.

Ia hasil rembatan  Rabih Ataya dari luar kotak penalti.

Anak bual Aidil Sharin Sahak itu menambah satu lagi gol di penghujung babak pertama menerusi Kpah Sherman, sebelum pemain dari Liberia itu menggandakan jaringan pada minit ke-56.

PJ City cuba bangkit dengan menjaringkan gol tunggal mereka hasil sentuhan bekas pemain Kedah, Khyril Muhymeen Zambri yang bijak memanfaatkan hantaran K. Prabakaran pada minit ke-61.

Fayadh Zulkifli yang masuk sebagai pemain gantian memastikan kejayaan Kedah pada masa kecederaan, sekali gus membolehkan pasukannya mencatat kemenangan hatrik dalam saingan Liga Super.

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button