Negeri

Kedah Medical Centre tutup operasi

Kecuali perkhidmatan haemodialysis

LANGKAH proaktif terpaksa diambil oleh pihak pengurusan Kedah Medical Center (KMC) apabila mereka terpaksa menghentikan kesemua operasinya kecuali perkhidmatan haemodialysis sehingga satu tempoh yang akan diumumkan nanti.

Tindakan itu terpaksa diambil bagi pemantauan, pembersihan dan sanitasi fasilitinya.

Pengarah Perubatan KMC, Datuk Dr. Kamaruzaman Ali dalam satu kenyataannya memaklumkan, pihak hospital perlu membuat keputusan tersebut bagi memastikan tahap keselamatan semua pihak yang berkepentingan terutamanya para pesakit dan kakitangan khasnya kakitangan barisan hadapan, terjamin.

Beliau menjelaskan dalam kenyataan itu, penutupan hospital berkenaan sebagai satu lagi fasa dalam usaha mereka untuk melindungi orang awam.

Pada Selasa lalu, dilaporkan 18 kakitangan KMC dan tujuh anggota keluarga mereka telah diuji positif Covid-19.

Difahamkan, mereka ini termasuk dalam Kluster Sungai.

Hospital telah bertindak menutup perkhidmatan pesakit luar untuk tempoh tiga hari, bermula Selasa untuk proses pembersihan dan pensanitasian.

Bermula semalam, kerajaan negeri telah memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara Pentadbiran (TEMCO) di daerah Kota Setar bermula pada pukul 12.01 tengah malam.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara Pentadbiran (TEMCO) akan dilaksanakan sehingga 25 September nanti. – SM

 

(Visited 860 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button