JenayahNasional

Ajal dalam lokap balai

SEORANG lelaki berusia 59 tahun menemui ajalnya ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis Setiawangsa, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad berkata, tahanan itu ditemui oleh rakan sel yang melihatnya sesak nafas dan bersandar di dinding tandas.

“Pihak hospital segera dihubungi dan ambulans tiba untuk membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Doktor daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) membuat pemeriksaan dan mengesahkan kematiannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azri berkata, bedah siasat akan dijalankan di HKL hari ini untuk mengetahui punca kematian.

Beliau berkata, lelaki terbabit sebelum itu ditahan pada 6 Julai lalu di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pada 18 Julai, dia ditangkap berkaitan satu kes lain serta ditahan di lokap yang sama untuk siasatan lanjut.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu,” katanya. – SM

BACA Polis tubuh unit khas siasat kes kematian tahanan di lokap

BACA Bolos Dari Lokap Mahkamah Tangkak Dengan Tangan Bergari, Long Tiger Dipuji Penjenayah Lain

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button