Nasional

Keciciran pendidikan negara tidak kritikal

PEMACUAN pendidikan negara dilaporkan masih berada pada landasannya sementara keciciran pula tidak terlalu kritikal.

Hal demikian dinyatakan Timbalan, Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah) Kementerian Pendidikan (KPM), Adzman Talib.

Beliau berkata, kecicran pendidikan yang dihadapi terutama bagi masyarakat luar bandar dan pedalaman masih boleh diatasi.

Bagaimanapun tambah Adzman, satu usaha mesti digerakkan oleh kementerian bagi mengurangkan jumlah kanak-kanak yang tercicir dalam pelajaran.

“Walaupun kadar keciciran secara keseluruhan tidak berada di tahap kritikal, tetapi kita perlu terus mencari jalan bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

[BACA ARTIKEL] UEC akibatkan sistem pendidikan lemah longlai — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Pakar pendidikan sokong PPSMI – P. Ramasamy — Suara Merdeka

Adzman berkata demikian menerusi status yang dimuatnaik Facebook KPM ketika mengikuti Program Ziarah Cakna di Kota Samarahan, Sarawak hari ini.

Dalam lawatan tersebut, beliau bertemu dengan beberapa murid yang mempunyai latar belakang keluarga miskin di sana.

Tambah Adzman, beliau turut menasihatkan ibu bapa tentang kepentingan ilmu pembelajaran dalam usaha mengurangkan keciciran pelajar.

“Pendidikan boleh mengubah masa hadapan seseorang.

“Dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang pasti banyak perkara akan berubah. Pendidikan sempurna boleh bantu keluarga kelak,” ujarnya.

[BACA ARTIKEL] 5G jana pendidikan berkualiti – Tun Dr Mahathir — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] PPSMI dasar gagal, Dong Zong desak lantik menteri pendidikan baru — Suara Merdeka

Turut hadir dalam program yang menerima sumbangan daripada Baitulmal, YaPEIM dan Yayasan Mara ialah Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Dr. Azhar Ahmad. – SM

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button