Nasional

Kecacatan bukan halangan bagi guru memenangi anugerah

BERGELAR orang kelainan upaya (OKU) bukan halangan untuk Jasmi Md Tegol, 56, menjadi pendidik contoh, terpilih menerima Anugerah Guru Cekap pada Majlis Anugerah Hari Guru 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, semalam.

Guru mata pelajaran Bahasa Melayu SMK China Lubok di Masjid Tanah, Alor Gajah itu berkata, dilabel sebagai OKU pada usia 18 bulan sebaliknya menjadi inspirasi untuknya menjalani kehidupan seperti orang biasa.

“Saya menganggap ketidakupayaan saya sebagai satu peluang dan bukan penghalang untuk menjadi seorang pendidik dan anugerah yang saya terima hari ini juga disebabkan perkara ini.

“Walaupun saya mempunyai masalah dengan kaki kiri dan terpaksa menggunakan tongkat, saya adalah bekas atlet paralimpik negara dalam badminton malah pernah menjadi juara negara, Asia dan dunia,” kata presiden Majlis Sukan dan Rekreasi Malaysia.

Jasmi menerima anugerah itu selain wang tunai berjumlah RM3,000 dan sijil penghargaan disampaikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada majlis itu yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata anugerah yang dimenanginya itu membuktikan kepada masyarakat bahawa orang kurang upaya juga mampu berdikari dan mencapai kejayaan dalam hidup mereka, sekali gus melenyapkan tanggapan ramai bahawa orang kurang upaya adalah golongan yang suka ‘meminta-minta’. -SM

BACA JUGA : Berita baik untuk guru, tunggu esok Fadhlina

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button