Auto TravelBerita AutoEkonomi

Petrol RON97 naik 37 sen kepada RM4.31 seliter

HARGA runcit petrol RON97 akan meningkat sebanyak 37 sen seliter daripada RM3.94 kepada RM4.31, manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah untuk minggu ini dari 12 hingga 18 Mei.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan pada Rabu (11 Mei), berkata harga baharu itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kementerian itu menambah, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga APM pasaran bagi RON95 dan diesel telah meningkat melebihi harga siling semasa.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat berterusan,” katanya. – SM

Baca juga artikel ini > Kerajaan sedang mengkaji cara untuk mengawal penjualan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan asing

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button